47 mangsa banjir di Bintulu terima wang ihsan

SOURCE → http://www.theborneopost.com/2016/05/20/47-mangsa-banjir-di-bintulu-terima-wang-ihsan/

BINTULU: Seramai 47 keluarga mangsa banjir masing-masing menerima bantuan wang ihsan RM500 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM23,500 semalam.

Penyampaian bantuan itu telah disempurnakan Residen Bahagian Bintulu Muhamad Yakup Kari di ruang legar Dewan Suarah Bintulu, semalam.

Turut hadir Timbalan Residen (Sosial) Richard Michael Abunawas dan Ketua Sekretariat Cawangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Mejar (PA) Ismail Mahedin.

Penerima bantuan itu adalah keluarga terjejas akibat banjir pada 1 hingga 20 Disember 2015.

Mangsa terbabit telah dipindah ke dua pusat pemindahan banjir iaitu di Dewan Suarah Bintulu dan Stadium Muhibah Bintulu.

Antara kawasan terlibat ialah Kampung Setinggan Sungai Sebatang (28 keluarga), Kampung Setinggan Sungai Plan (11 keluarga) dan kawasan perumahan Sibiyu Batu 5 (lapan keluarga).

Penyaluran bantuan itu di bawah pengurusan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Sarawak dan Pejabat Residen Bahagian Bintulu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s