Wanita aniaya kanak-kanak tujuh tahun dihukum penjara

SIBU: Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau tiga bulan penjara terhadap seorang wanita atas tuduhan menganiayai seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun sembilan bulan, Januari tahun lepas.

Majistret Saiful Sayoti turut menjatuhkan hukuman tujuh hari penjara terhadap tertuduh Mary Chin, 30, setelah disabit bersalah dengan pertuduhan dibacakan.

Saiful ketika menjatuhkan hukuman memberitahu, mahkamah terlebih dahulu mengambil kira kepentingan awal dan kes penderaan kanak-kanak dilihat semakin kerap berlaku.

“Selepas mempertimbangkan semua faktor, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau tiga bulan penjara dan tujuh hari penjara berkuat kuasa hari ini.

Bagaimanapun peguam bela tertuduh memohon mahkamah menangguhkan hukuman penjara tujuh hari itu sementara menunggu membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Chin didakwa menganiayai seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun sembilan bulan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.
%
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 20 Januari, 2015, kira-kira jam 2 petang di kediaman mereka di Lorong Ulu Sungai Merah 63C.

Bagi kesalahan itu, Chin didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a), Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

SOURCE →  http://www.theborneopost.com/2016/05/20/wanita-aniaya-kanak-kanak-tujuh-tahun-dihukum-penjara/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s