10 ibu berentap merebut gelaran Ratu Mama Kebaya

MIRI: Sejumlah sepuluh peserta terpilih dan layak ke pusingan akhir bagi merebut gelaran Ratu Mama Kebaya 2016 anjuran Permy Mall Miri dan Aurora Fantasy, bertempat di Permy Mall, jam 3.30 petang, pada hari esok Ahad (22 Mei).

Mereka ialah Rachel Jarau, Sara Chong Lee Ching, Alice Usun Lian Jalong, Paya Bilong, Serimah Abdullah, Zarina Paryaz Akhtar Khan, Bebe Shee, Velentina Agal, Nun Belok dan Stephanie Simon.

Eksekutif Kanan Perhubungan Pemasaran Permy Mall Priscilla Andrew berkata, sepuluh peserta terbabit adalah finalis dipilih menerusi sesi saringan disertai 20 peserta terdiri daripada kaum ibu seluruh Sarawak pada 12 Mei lalu.

“Pertandingan Ratu Mama Kebaya ini adalah acara julung kali diadakan bersama Aurora Fantasy dan Permy Mall, di mana kita memberi peluang dan ruang para ibu pada masa kini menunjukkan bakat masing-masing.

“Ia juga diadakan sempena sambutan Hari Ibu baru-baru ini bagi menghargai jasa ibu-ibu pada masa kini yang begitu gigih membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga,” jelasnya semalam.

Menurut Priscilla, empat kategori turut diselitkan dalam pertandingan berkenaan iaitu Ibu Ikonik, Aurora Fantasy Selfie Queen, Kebaya Terbaik dan ‘Curvylicious Mama’.

“Pada Sabtu (hari ini), kategori Ibu Ikonik dan ‘Curvylicious Mama’ dipertandingkan, manakala pada Ahad (esok), para peserta akan dinilai dari segi penggayaan kebaya dan keyakinan mereka di atas pentas,” katanya.

Bagi kategori Aurora Fantasy Selfie Queen pula ujarnya, gambar-gambar Selfie peserta telah di muatnaik di laman sosial Facebook ‘Aurora Fantasy Perfumes’ untuk mendapat undian orang awam sehingga 22 Mei, jam 3 petang.

Juara bakal membawa pulang wang tunai RM300 tajaan Andrea Agency, selempang, hamper dan sebuah tiara bernilai RM250 tajaan Aurora Legacy Marketing.

Turut menaja pemenang bagi pertandingan ini ialah Butik Dayang koleksi, Merais Enterprise dan Nycy Marketing.

Justeru, orang awam adalah dipelawa beramai-ramai bagi memeriahkan pertandingan Ratu Mama Kebaya 2016 pada hari ini jam 3 petang dan pada kemuncak pertandingan esok, jam 3.30 petang.

“Selain pertandingan ini, kita turut menyelitkan beberapa aktiviti lain seperti cabutan bertuah, pertunjukan silat, tarian dan gerai-gerai jualan di sekitar ruang legar Permy Mall Miri,” tambahnya.

Mereka ingin mengetahui lanjut berhubung pertandingan berkenaan boleh melayari laman sosial Facebook ‘Aurora Fantasy Perfumes’ dan Permy Mall Miri, atau menghubungi Priscilla di talian 085-491889.

SOURCE → http://www.theborneopost.com/2016/05/21/10-ibu-berentap-merebut-gelaran-ratu-mama-kebaya/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s