Cubaan bawa kereta curi keluar sempadan gagal

KUCHING: Cubaan membawa keluar sebuah kenderaan curi merentasi sempadan berjaya digagal anggota Rejimen Ke-4 Kor Armor Diraja (4 KAD) ketika melakukan rondaan di kawasan Serikin, Bau kelmarin.

Menurut jurucakap RAMD, anggota sub unit terbabit terdahulunya sedang melaksanakan Operasi Serkap apabila menemui kenderaan jenis Isuzu D-Max berwarna kelabu tersebut cuba menyeberang sungai sekitar jam 6.30 pagi.

Difahamkan, pemandunya berjaya melarikan diri dari kawasan tersebut sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Sub unit tersebut curiga dengan bunyi bising terus melakukan pemeriksaan dan mendapati sebuah Isuzu D-Max cuba melepasi sempadan negara dengan menyeberang sungai.

“Apabila menghampiri kenderaan tersebut, seorang suspek berjaya melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini semalam sambil menambah, polis juga telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

Tambahnya juga kejayaan itu sebahagian usaha komited anggota tentera darat melalui Formasi Divisyen Pertama Infantri Malaysia dalam melaksanakan tugas di perbatasan Sarawak-Kalimantan.

Sementara itu, menurut seorang pemilik akaun Facebook dikenali sebagai Noel Rumpang memberitahu pikap tersebut dilapor hilang dari hadapan sebuah rumah di Batu Kawah pada jam 1.29 pagi pada 19 Mei lepas.

Bagaimanapun, siasatan lanjut pihak polis berhubung kejadian tersebut masih dijalankan.

SOURCE → http://www.theborneopost.com/2016/05/21/cubaan-bawa-kereta-curi-keluar-sempadan-gagal/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s