Dirempuh kereta selepas beli sayur

KUCHING: Seorang lelaki tidak sempat membawa sayur-sayuran dibelinya pulang ke rumah apabila dirempuh sebuah kereta di Jalan Ensing Timur, dekat sini semalam.

Menurut sumber, mangsa yang berusia sekitar 50-an semasa kejadian dalam perjalanan pulang dari Bandar Baharu Batu Kawah (MJC) dengan menunggang motosikal iaitu sekitar jam 2.30 petang.

Difahamkan, semasa tiba berdekatan Taman Royal, sebuah kereta jenis Axia dipandu seorang wanita dikatakan terbabas sehingga merempuh mangsa di laluan bertentangan.

“Mangsa terdahulunya membeli sayur-sayuran di MJC sebelum pulang untuk menghantar sayuran tersebut ke rumahnya di Taman Stapok.

“Bagaimanapun, setiba di tempat kejadian, Axia tersebut dikatakan dari arah bertentangan tiba-tiba terbabas lalu memasuki laluannya dan dia tidak sempat mengelak lalu dirempuh kereta berkenaan,” kata sumber.

Orang ramai menyaksikan kejadian tersebut kemudian segera membantu mangsa selain turut menghubungi ambulans.

Mangsa dikhuatiri patah tulang kaki kanannya kemudian diberi rawatan kecemasan oleh anggota paramedik di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Anggota cawangan polis trafik turut hadir di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa dilaporkan stabil namun masih menerima rawatan di HUS.

SOURCE → http://www.theborneopost.com/2016/05/21/dirempuh-kereta-selepas-beli-sayur/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s