Duta Vatican amat kagum keharmonian Sarawak

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima kunjungan Duta Vatican, Uskup Agung Joseph Salvador Marino di pejabatanya di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Kunjungan hormat Salvador itu diiringi Uskup Agung Gereja Katolik Kuching Datuk John Ha, Uskup Auksiliari Kuching, Simon Poh serta ahli rombongan lain.

Uggah berkata, kunjungan berkenaan menyentuh mengenai perbincangan umum antara kedua-dua pihak.

“Beliau (Salvador) amat kagum dengan keharmonian di Sarawak dan memahami dasar oleh kerajaan negeri, yang amat dihargainya.

“Malah beliau juga amat mengagumi keharmonian pelbagai kaum di negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan terbabit.

Uggah berkata, beliau turut memberi penerangan kepada duta terbabit mengenai penggunaan perkataan ‘Allah’ yang dibenarkan untuk digunakan oleh penganut Kristian di negeri ini.

Antara isu lain kata beliau, berkaitan usaha kerajaan negeri untuk membantu mendapatkan pengiktirafan hak rakyat Sarawak yang membabitkan kes Rooney Rebit.

Dalam kes berkenaan, JPN memfailkan notis rayuan pada 22 April 2016 selepas diarah oleh Mahkamah Tinggi Kuching untuk mengeluarkan MyKad baharu kepada Rooney dengan nama dia dilahirkan dan klasifikasi sebagai Islam dibatalkan.

Dua defendan kes iaitu Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Majlis Agama Islam Sarawak tidak membuat rayuan.

Pada 24 Mac lalu, keputusan Mahkamah Tinggi Kuching telah memihak kepada Rooney, 41, lelaki berbangsa Bidayuh beragama Islam keluar daripada agama itu dan memeluk Kristian.

Keputusan itu dibuat selepas Hakim Datuk Yew Jen Kie mengambil kira Rooney atau Azmi Mohamad Azam Shah menganut Islam mengikut ibu bapanya memeluk Islam ketika berusia 10 tahun.

Rooney memohon semakan kehakiman bagi mendapatkan pengiktirafan beliau seorang Kristian dengan dilepaskan daripada Islam, menukar nama kepada Rooney Rebit dan menggugurkan agama Islam dalam kad pengenalannya.

SOURCE → http://www.theborneopost.com/2016/05/21/duta-vatican-amat-kagum-keharmonian-sarawak/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s