Kantoi simpan dadah dalam beg sandang

LAWAS: Tindakan seorang buruh menyembunyikan dadah jenis syabu dalam beg disandangnya hanya memakan diri apabila perbuatannya itu terbongkar dalam satu serbuan di sini tengah hari kelmarin.

Dalam serbuan dijalankan jam 10.29 malam itu suspek, 41, ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Lawas diketuai oleh ASP Jason Baya.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata hasil pemeriksaan dijalankan terhadap suspek, polis menjumpai lima keratan plastik lut sinar mengandungi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Suspek dibawa ke balai polis Lawas bagi tindakan lanjut dan suspek turut positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine selepas ujian saringan awal polis dilakukan ke atasnya,” katanya disini semalam.

Abang Zainal menjelaskan lagi anggaran berat dadah yang dirampas adalah seberat 0.8 gram.

Kes terbabit katanya akan disiasat dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1) (a) ADB 1952.

Jelasnya operasi sama akan diteruskan dalam membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah di daerah ini.

SOURCE → http://www.theborneopost.com/2016/05/21/kantoi-simpan-dadah-dalam-beg-sandang/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s