Pos Malaysia lancar koleksi setem ‘Pengangkutan Sungai di Sarawak’

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan siri setem ‘Pengangkutan Sungai di Sarawak’ yang menampilkan tiga pengangkutan sungai utama di Sarawak iaitu Perahu Panjang, Bot Ekspres dan Perahu Tambang pada 26 Mei ini.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Diyana Lean Abdullah berkata dalam siri ini, 100,000 keping setem terdiri daripada Perahu Panjang yang berharga 70 sen, Bot Ekspres (80 sen), dan Perahu Tambang (90 sen) serta 30,000 keping setem Lembaran Mini menampilkan rakit (RM3) akan dikeluarkan.

Selain itu, sebanyak 35,000 keping produk filateli lain seperti Sampul Surat Hari Pertama termasuk risalah berharga 55 sen setiap satu dan 2,000 keping folder dengan harga RM6.35 juga dikeluarkan.

“Set lengkap siri setem ‘Pengangkutan Sungai di Sarawak’ pula boleh didapati dengan harga RM64.25 setiap satu.

“Selari dengan tema bot, Bot Kertas akan ditonjolkan sebagai Cap Tarikh Khas untuk siri setem yang pertama kali memfokuskan elemen pengangkutan air di Sarawak,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Diyana berkata pengeluaran siri setem pengangkutan sungai merupakan sebahagian usaha mendidik pengumpul setem dan orang ramai mengenai kepelbagaian pengangkutan di negara ini serta memelihara warisan negara melalui koleksi setem yang dikeluarkan Pos Malaysia.

Katanya pengangkutan sungai di Sarawak merupakan komponen utama penduduknya untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain dan percaya ia mampu menarik pengumpul setem untuk menambah koleksi mereka.

Dalam pada itu, Pos Malaysia menyarankan pengumpul setem untuk mendaftar menjadi ahli komuniti Akaun Pesanan Tetap (SODA) bagi menikmati pelbagai faedah istimewa.

Orang awam yang berminat boleh mendaftar secara dalam talian di http://www.posonline.com.my, atau datang sendiri ke POS Malaysia Bahagian Filateli di Ibu Pejabat POS Malaysia, Kompleks Dayabumi, Kuala Lumpur, atau menghubungi 03-22672267 untuk sebarang pertanyaan. — Bernama

SOURCE → http://www.theborneopost.com/2016/05/21/pos-malaysia-lancar-koleksi-setem-pengangkutan-sungai-di-sarawak/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s