Remaja pecah cermin kereta berjaya ditangkap pemilik

SIBU: Seorang remaja lelaki disyaki memecah cermin sebuah kereta di Jalan Bako berjaya ditangkap pengadu tidak jauh dari lokasi kediamannya di Jalan Bako awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada jam 4.30 pagi, pengadu telah dikejut oleh seorang jiran yang memaklumkan bahawa pintu kereta Perodua Viva miliknya berada dalam keadaan terbuka.

Apabila pengadu menghampiri keretanya dia mendapati cermin sisi hadapan keretanya telah dipecah.

“Ketika itu saya melihat keadaan sekeliling dan ternampak kelibat seorang lelaki dalam keadaan tergesa-gesa cuba melarikan diri menaiki sebuah motosikal,” katanya.

Pengadu, 23, yang merupakan seorang mekanik terus bertindak mengejar suspek sehingga berjaya ditangkap.

Pihak polis yang dimaklumkan terus pergi ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Suspek berumur 23 tahun dan tinggal di Kpg. Hilir dekat sini kemudian diserahkan kepada pihak pol dan dibawa ke Balai Polis Sentral untuk siasat dan tindakan lanjut.

Jumlah kerugian yang alami pengadu tidak dapat dipastikan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 kerana disyaki mencuri.

SOURCE → http://www.theborneopost.com/2016/05/21/remaja-pecah-cermin-kereta-berjaya-ditangkap-pemilik/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s