Sarawak tekad kekal rentak kemenangan

KUCHING: Sarawak bertekad terus mengekalkan rentak kemenangan apabila turun menentang Perak dalam saingan Liga Super 2016 di Stadium Ipoh, malam ini.

Selepas berjaya menjinakkan The Bos Gaurus pada aksi lalu, pengendali sementara, David Usop yakin skuad bimbingannya mampu mencipta sekali lagi kejutan.

Penampilan sulung David sebagai jurulatih skuad Bujang Senang menamatkan saingan lalu penuh bergaya setelah melepasi ujian pertama menundukkan Perak 3-2 di Petra Jaya.

Lebih manis kejayaan meraih kemenangan pertama di laman sendiri selepas berputih mata dalam empat perlawanan di bawah kendalian Datuk K Rajagobal.

David menegaskan agar para pemain sentiasa fokus sepanjang perlawanan selain mengurangkan kesilapan terutama di bahagian pertahanan.

Katanya, tahap kecergasan para pemain perlu diambil kira jika mahu meneruskan momentum kemenangan.

“Kita mahu memastikan pasukan ini kekal dalam Liga Super, oleh itu kemenangan amat penting ketika ini dalam saingan yang masih berbaki 11 perlawanan,” katanya.

Kelebihan memenangi aksi lalu, pasti dijadikan penyuntik semangat buat barisan pemain Sarawak.

Namun, apa yang pasti kelibat G.Gurusamy tidak akan kelihatan kerana digantung perlawanan selepas menerima tiga kad kuning.

Kegagalan Sarawak dalam meraih sebarang mata dalam baki perlawanan Liga Super, pasti menyukarkan laluan skuad Merah Hitam itu dalam liga nombor satu negara.

Kedudukan semasa menyaksikan Sarawak menghuni tangga kesepuluh dan diikuti Pulau Pinang dan Pahang.

Bagaimanapun tiga kelompok bawahan liga itu masih berpeluang mencuri slot untuk kekal di Liga Super musim depan atau meneruskan saingan di Liga Perdana.

SOURCE → http://www.theborneopost.com/2016/05/21/sarawak-tekad-kekal-rentak-kemenangan/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s