Dua Rumah Ranap

KUCHING: Seramai 17 penghuni daripada dua buah rumah tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Tupong Batu, Jalan Merdeka, di sini, semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, kesemua mangsa yang terdiri daripada lapan lelaki dan sembilan perempuan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut maklumat Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, seramai 26 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dan Petra Jaya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

“Bantuan daripada pihak polis diperlukan untuk ke tempat kejadian kerana kesesakan berlaku ketika jentera bomba pergi ke lokasi,” katanya.

Kedua-dua rumah separuh kekal dua tingkat itu telah musnah 80 peratus dalam kebakaran apabila pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

Anggota bomba kemudian menjalankan usaha memadamkan sisa-sisa kebakaran dan ia dalam keadaan terkawal sekitar jam 4 petang.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 23 tahun pengsan dalam insiden kebakaran rumah teres setingkat di Jalan Cahya Damai 7, Bandar Baru Samariang, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dari sebuah bilik dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan.

Pasukan bomba daripada BBP Petra Jaya dengan kekuatan 10 orang, diketuai Nourudin Ismail berjaya memadamkan kebakaran yang melibatkan dua bilik tidur serta sebuah stor daripada terus merebak.

Dalam kes berasingan, sebuah lori yang membawa muatan simen terbakar di Jalan Puncak Borneo di sini, sekitar jam 11.30 pagi semalam.

Pemandu difahamkan berjaya menyelamatkan diri apabila mendapati asap keluar dari bahagian enjin.

Kebakaran membabitkan bahagian depan kenderaan itu berjaya dipadamkan pasukan daripada BBP Siburan.

Jumlah kerugian ketiga-tiga kes belum dapat dipastikan dan punca kebakaran masih disiasat.

SOURCE → http://www.theborneopost.com/2016/05/25/dua-rumah-ranap/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s