Bukukan sejarah tempat dan budaya masyarakat

Adenan mahu pegawai daerah bukukan sejarah tempat ditadbir, budaya masyarakat setempat di situ.

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mahu setiap pegawai daerah di negeri ini membukukan sejarah tempat ditadbir serta budaya masyarakat setempat di situ.

Beliau berkata Sarawak kaya dengan bahan-bahan sejarah era pemerintahan Rajah Putih (James Brooke) tetapi zaman sebelum itu kurang.

Beliau menambah, sejarah Sarawak penuh dengan peristiwa penting yang berlaku bertahun-tahun dahulu dan tidak hanya semasa kedatangan The White Rajah, James Brooke tetapi era sebelum itu.

“Sarawak kaya dengan bahan-bahan sejarah era Brooke tetapi era sebelumnya kurang kerana ia hanya dibual tetapi tidak dibukukan.

“Oleh itu saya mahu menggalakkan setiap pegawai daerah melakukan kajian mengenai sejarah tempat mereka berkhidmat, sejarah asal nama tempat serta budaya masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran buku ‘The Story Behind The Villages in Lundu District’ (Kisah di Sebalik Perkampungan di Daerah Lundu) di sebuah hotel di sini, semalam.

Buku yang mempunyai 174 halaman itu hasil tulisan bekas pegawai daerah Lundu dan kini Setiausaha Sulit Ketua Menteri Azmi Bujang.

Adenan turut mencadangkan agar sejarah asal atau kemunculan daerah serta bahagian di negeri ini dikaji seterusnya dibukukan.

“Apakah sejarah asal Kapit, Kanowit, Miri, Sibu, Bintulu dan sebagainya, ramai ingin tahu kerana bahan-bahan sejarah khasnya yang bertulis sukar diperoleh.

“Misalnya Kuching, mungkin berasal daripada nama buah, buah mata kucing, yang menyerupai mata kucing dan Kuching nama yang unik kerana tidak banyak tempat dinamakan berdasarkan nama haiwan tetapi kajian mendalam masih perlu dilakukan,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai buku itu, Adenan berkata penerbitannya pada masa sama mempromosikan daerah Lundu merangkumi daerah kecil Sematan sebagai destinasi pelancongan berpotensi di Sarawak.

Menurutnya Lundu mempunyai pemandangan cantik dengan damparan pasir pantai yang memutih dan lautan membiru berbanding tempat lain di negeri ini.

“Kita mahu mempromosikan Lundu antara destinasi pelancongan terbaik di negeri ini dan usaha membangunkan kawasan-kawasan pelancongan di daerah ini akan diperhebatkan lagi.

“Buku ini sudah tentu memberi maklumat mengenai Lundu…tahniah kepada setiausaha sulit saya, Azmi kerana mengambil inisiatif menghasilkan buku ini dengan cemerlangnya walaupun sibuk dengan tugas rasmi,” katanya.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar dan beberapa menteri muda.

image
TULIS SEJARAH TEMPATAN: Adenan mahu pegawai daerah bukukan sejarah tempat ditadbir, budaya masyarakat setempat.

SOURCE → http://www.theborneopost.com/2016/05/26/bukukan-sejarah-tempat-dan-budaya-masyarakat/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s