Buaya Cuba Makan Kura-Kura, Apa Yang Terjadi Mengejutkan

BUAYA sememangnya memiliki sifat ganas dan menggerunkan namun apabila menyentuh soal makanan, haiwan reptilia ini tidak boleh mengunyah.

Oleh itu, pernahkah anda bayangkan bagaimana haiwan yang dikenali sebagai sang bedal ini cuba memakan haiwan yang bercengkerang keras seperti kura-kura?

Seorang jurugambar bernama Lisl Moolman berjaya merakam detik-detik luar biasa apabila seekor buaya cuba membaham kura-kura.

Moolman yang ketika itu sedang bersantai di hadapan Sungai Kruger di National Park, Amerika Syarikat tertarik apabila kura-kura yang tidak ubah seperti bentuk bola kelihatan dilempar ke udara ketika sang bedal cuba membahamnya.

“Saya sedang duduk sambil menyaksikan segerombolan haiwan liar turun untuk minum, sehinggalah seorang pengunjung menunjuk pada seekor buaya yang baru sahaja menangkap seekor kura-kura,” katanya.

Oleh kerana cengkerang kura-kura sangat keras, buaya itu berusaha memakannya dengan mengepit sekuat hati namun gagal.

“Melihat rakannya mendapat mangsa, buaya-buaya lain di tepi sungai ikut masuk ke dalam air dan mula mengelilinginya,” tambah Moolman.

image

image

Mereka dilihat saling berebut mahu memakan kura-kura berkenaan, hinggakan kura-kura itu dilempar ke sana sini seperti bola.

Ceritanya lagi, kura-kura itu kemudian hilang dalam kedalaman air sebelum muncul kembali di permukaan namun segera melarikan diri setelah setengah jam jadi mainan sekawan buaya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Telegraph

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s