Cubaan culik, rogol pelajar di Miri berita palsu

MIRI: Polis Miri mengesahkan bahawa kes cubaan culik dan rogol seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini yang diviral dalam laman sosial Facebook kelmarin sebagai tidak benar.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Junaidi Bujang berkata, cerita itu hanya rekaan semata-mata oleh pelajar perempuan terbabit untuk mengelak perbuatannya mabuk ketika waktu sekolah diketahui ibu bapanya.

“Saya telah menghantar beberapa anggota ke sekolah terbabit untuk soal siasat beberapa individu termasuk guru, pengawal keselamatan dan pelajar terbabit.

“Hasil soal siasat mendapati cerita itu hanya direka oleh pelajar terbabit semata-mata untuk mengelak dimarahi pihak sekolah dan ibu bapanya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Berikutan itu menurut Junaidi, pihaknya kini sedang berusaha mengesan pemilik akaun Facebook yang memviralkan cerita tersebut.

Katanya semasa hari kejadian, pelajar terbabit telah minum minuman keras bersama dua rakan perempuan di sebuah kawasan kampung berhampiran.

Semasa melaporkan kejadian cubaan culik dan rogol itu kepada sekolah, mangsa berusia 16 tahun dan merupakan pelajar tingkatan empat, berada dalam keadaan mabuk.

SOURCE → http://www.theborneopost.com/2016/05/27/cubaan-culik-rogol-pelajar-di-miri-berita-palsu/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s