Scammer Guna Gambar Anak Dan Isteri Mohon Dana

MELAKA, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Terkilan dengan tindakan seorang wanita yang menggunakan gambar anak dan isterinya untuk mendapatkan wang mudah, Hasrolnizam Haron, 28, nekad melaporkan hal itu kepada Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Melaka.

“Sepupu kepada isteri saya menghubungi kami dan memaklumkan bahawa seseorang telah menggunakan gambar anak dan isteri untuk mendapatkan dana RM18,000 untuk kos suntikan dan RM180,000 untuk pembelian mesin yang kononnya untuk menampung perubatan anak kami.

“Namun, wanita terbabit telah mengubah kenyataan tersebut dengan meletakkan nama dan akaun beliau sebagai saluran untuk orang ramai menderma,” jelas Hasrolnizam ketika ditemui di pejabat Pembela BN di Kota Cemerlang Ayer Keroh di sini pagi semalam.

image
Status yang dimuat naik oleh scammer tersebut

image
Ramai yang telah menjadi mangsa penipuan dalam talian ini

Tambahnya, sebelum ini pihak Pembela BN pernah membantu mendapatkan dana untuk menampung kos suntikan ‘Palivizumab’, sejenis ubat yang biasa digunakan untuk mencegah jangkitan kuman dalam saluran pernafasan dan paru-paru kanak-kanak, berharga RM4,000 setiap suntikan untuk anak Hairolnizam, Nur Uzma Hanani.

Nur Uzma Hanani lahir pada 1 Ogos 2015 secara pramatang dengan berat hanya 0.65 kilogram dan dikesan menghidap penyakit paru-paru kronik. Namun, Nur Uzma Hanani yang kini berusia sembilan bulan beransur sihat dan hanya perlu mendapatkan rawatan susulan setiap bulan di klinik kesihatan kerajaan dan swasta.

“Saya telah membuat laporan polis pada 17 Mei sejurus sahaja mendapat tahu hal tersebut dan berharap tidak ada [orang] yang tertipu dengan cerita sedih wanita itu yang mendapat banyak share(kongsian) dalam laman sosial Facebook,” katanya.

image

Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Aziz berkata pihaknya akan mendapatkan bantuan peguam bagi membantu kesulitan yang dialami keluarga muda tersebut agar scammer (penipu) terbabit dikenakan hukuman setimpal.

“Saya memandang serius perkara ini dan ia pertama kali [seumpamanya] berlaku sepanjang tujuh tahun saya mengendalikan permasalahan pengadu,” ujar Amir Hamzah.

SOURCE → http://malaysiaaktif.my/malaysiaaktif2/?p=17462

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s