Suspek melarikan diri ditahan jua akhirnya

KUCHING: Padah menimpa seorang kaki judi yang kini berhadapan hukuman yang lebih berat kerana melarikan diri daripada tahanan polis selepas prosiding reman di Mahkamah Majistret Selasa lepas.

Suspek yang berusia 39 tahun, berasal dari Kampung Tabuan Melayu itu dilaporkan berjaya ditangkap semula sekitar jam 10.45 pagi oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superintenden Ernest John ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memberitahu bahawa suspek akan direman beberapa hari untuk membolehkan siasatan dijalankan.

Menurutnya, selain dituduh atas kesalahan melarikan diri daripada tahanan polis, suspek terlebih dahulu akan dituduh atas kesalahan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Suspek kedua yang melarikan diri pada 24 Mei lepas di Mahkamah Kuching telah berjaya ditangkap semula pada jam 10.45 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataannya di sini, semalam.

Selain itu, suspek terbabit yang dikenali sebagai Bakri turut mempunyai rekod jenayah iaitu pernah dituduh terlibat kes samun sebuah kedai serbaneka 24 jam namun dibebaskan kerana kekurangan bukti.

Difahamkan, 11 lagi suspek yang turut ditahan bersama suspek semasa serbuan dilakukan ke atas sebuah premis perjudian siber di RH Plaza, Jalan Lapangan Terbang awal pagi Selasa lepas telah dibebaskan semalam.

Sementara itu, dua anggota Cawangan Pengawal dan Pengiring IPD Kuching yang ditugaskan untuk mengiring suspek serta 18 lagi Orang Kena Tahan(OKT) akan disoal siasat.

“Kami memandang serius kes seperti ini, ada beberapa kes sebelum ini yang mana kita tuduh anggota kita sendiri dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 223 atau 224 kerana segaja atau dengan niat melepaskan tahanan,” tegasnya

Suspek bersama seorang lagi lelaki bertindak menolak polis pengiring sebelum melarikan diri, namun seorang daripadanya berjaya ditangkap anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sekitar jam 2 petang hari yang sama di Kampung Tabuan Hilir.

SOURCE → http://www.theborneopost.com/2016/05/27/suspek-melarikan-diri-ditahan-jua-akhirnya/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s