Padah ugut polis dalam Facebook

LIMBANG: Seorang lelaki ditahan polis petang kelmarin selepas mengeluarkan status kesat dan berbaur ugutan dalam akaun Facebook akibat tidak puas hati anaknya disaman anggota trafik.

Suspek berusia 40 tahun berasal dari Kampung Seberang Kedai itu memuat naik status kesat terhadap anggota trafik selain mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan… ‘tembak pakai senapang angin baru tau apa rasanya’ dalam laman Facebooknya.

Difahamkan tindakan tersebut dilakukan berikutan perasaan marah dan tidak puas hati suspek selepas anaknya disaman atas kesalahan trafik.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai mengesahkan kejadian itu dan berkata suspek ditahan ketika melunaskan samannya di IPD Limbang sekitar jam 3.04 petang.

“Suspek direman selama empat hari bermula Sabtu hingga Selasa depan. Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan satu kad sim telefon daripada suspek,”ujarnya di sini, semalam.

Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK), 502 KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM).

SOURCE → http://www.theborneopost.com/2016/05/29/padah-ugut-polis-dalam-facebook/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s