Hari perpaduan rakyat pelbagai kaum

KONGSI KEUNIKAN GAWAI: Pelancong dari Kuala Lumpur (duduk dari kiri) Michelle Wong, Lai Siew Chin, Wong Guat Mooi dan Tee Ah Theen yang masing-masing memakai pakaian tradisional kaum etnik Sarawak berpeluang menikmati kemeriahan sambutan Gawai Dayak di Kampung Budaya Sarawak, Santubong bermula hari ini. Masyarakat Dayak di negeri ini menyambut Hari Gawai pada 1 Jun setiap tahun. Pelbagai acara dijalankan seperti majlis rumah terbuka sama ada di bandar mahupun luar bandar untuk meraikan adat tradisi sekali gus mengukuhkan perpaduan rakyat pelbagai kaum. — Gambar Muhammad Rais Sanusi

image
Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata Hari Gawai Dayak harus diraikan sebagai hari perpaduan oleh rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Beliau dalam perutusannya sempena Hari Gawai Dayak 2016 berkata seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina, Gawai tidak hanya diraikan oleh satu kaum tetapi semua kaum setiap tahun.

“Ini adalah komitmen kita untuk menjadikan anak-anak Sarawak  mengenal perlunya memelihara perpaduan yang dipupuk sejak Sarawak membentuk Malaysia.

“Oleh sebab itu, saya dengan bangga sekali mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada saudara sekalian,” katanya.

Tun Taib berkata, Gawai seperti hari-hari perayaan lain mempunyai hikmah hasil perasaan rakyat negeri ini sendiri yang mahu menjalinkan hubungan rapat antara satu sama lain.

“Semangat inilah yang mahu kita tunjuk lebih jelas lagi supaya ia tersebar luas dalam kalangan rakyat Malaysia bukan sahaja orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu bahkan disebar dalam kalangan anak-anak muda,” tambahnya.

Beliau berkata, rakyat hari ini jelas menunjukkan bagaimana hidup bercampur dalam keadaan aman sentosa telah membawa kemakmuran kepada Sarawak.

Kini, katanya, rakyat Sarawak boleh berasa bangga dan megah kerana negeri ini telah berjaya serta setanding negeri lain di Malaysia.

“Menyatupadukan semua kaum dan dapat bercampur gaul dengan mesra, inilah semangat yang kita raikan pada Hari Gawai ini. Selamat Ari Gawai Ngagai Kitai Magang,” katanya.

Mengimbau sejarah perpaduan rakyat pelbagai kaum di Sarawak, Tun Taib berkata ia mula dipupuk sejak penyertaan Sarawak membentuk Malaysia yang seterusnya berkembang seperti hari ini.

Perpaduan itu, katanya, dapat dilihat dengan jelas di bandar seterusnya di kampung-kampung dan rumah-rumah panjang.

“Saya rasa kalau kita dapat menegakkan semangat perpaduan ini pada Hari Gawai ini dan seterusnya, Sarawak akan terus makmur serta berjaya pada masa akan datang,” katanya.

SOURCE → http://www.theborneopost.com/2016/06/01/hari-perpaduan-rakyat-pelbagai-kaum/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s