Masyarakat Dayak sambut perayaan Hari Gawai hari ini

image
PERSIAPAN: Penduduk Kampung Benuk, Padawan sedang menyiapkan Sanggar untuk upacara miring sempena sambutan Hari Gawai.

KUCHING: Masyarakat Dayak menyambut perayaan Hari Gawai hari ini sebagai menandakan tamatnya musim menuai.

Apa yang pasti, majoriti penduduk yang tinggal di bandar pulang ke kampung halaman untuk meraikan sambutan itu bersama keluarga.

Tinjauan Utusan Borneo di Terminal Bas Kuching Sentral semalam mendapati masih terdapat penduduk yang mahu pulang ke kampung meskipun dikatakan agak lewat.

Berbanding hari sebelumnya, terminal bas dibanjiri rata-rata masyarakat Dayak sehingga memaksa pihak pengurusan menyediakan bas tambahan untuk menampung bilangan penumpang yang ramai.

Menurut seorang pekerja swasta, Michelle Hasmah Endun Alan, 25, yang tiba di Kuching semalam terus berangkat ke Betong kerana tidak sabar untuk bertemu ahli keluarganya.

“Saya teruja untuk balik menyambut Gawai bersama keluarga selepas dua tahun tidak balik ke Rumah Semumuk Atas, Betong,” katanya yang bertugas di Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu.

Sementara itu, seorang penuntut institusi pengajian tinggu swasta, Benedict Andom, 23, berkata cuti seminggu untuk pulang ke kampung akan dimanfaatkan sepenuhnya.

Dia yang melanjutkan pengajian di sebuah kolej swasta di Kuching bertolak ke Sarikei untuk menyambut Gawai

“Persiapan pasti sudah dibuat oleh ahli keluarga di kampung, bagaimanapun saya tetap tidak sabar untuk berjumpa keluarga,” katanya ketika ditemui di Kuching Sentral, semalam.

Berlainan pula persiapan sambutan Hari Gawai di bandar, berikutan desakan kerja menyebabkan Richie Decandale Ensali, 28, tidak dapat pulang meraikan perayaan bersama sanak saudara di kampung.

Dia yang bertugas sebagai ahli muzik di Kampung Budaya Sarawak turut berasa sedih kerana tidak dapat menyambut Gawai seperti tahun sebelum ini.

“Ini merupakan kali pertama tidak bersama keluarga menyambut perayaan Gawai, agak sedih tetapi apa boleh buat terpaksa meraikan Gawai di tempat kerja pada tahun ini,” ujarnya.

Utusan Borneo juga sempat melakukan tinjauan di perkampungan komuniti Bidayuh di Kampung Benuk, Padawan.

Rata-rata penduduk kampung sibuk dengan persiapan sambutan Hari Gawai, malah ada antara mereka asyik menghiasi pekarangan rumah panjang dengan Sanggar iaitu tempat untuk melakukan upacara miring.

Selain itu, turut dipasang kain putih yang dikenali Bersu sebagai tanda meraikan kehadiran tetamu di sepanjang laluan hadapan rumah panjang.

Kampung Benuk yang merupakan pusat pelancongan menjadi tumpuan lebih 1,000 pelancongan dari dalam dan luar negara.

image
SELAMAT JALAN: Penumpang mula menaiki bas untuk bertolak ke kampung halaman ketika tinjauan Utusan Borneo di Kuching Sentral, semalam. (Gambar kiri)

SOURCE → http://www.theborneopost.com/2016/06/01/masyarakat-dayak-sambut-perayaan-hari-gawai-hari-ini/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s