Ajal mati bersama

SARIKEI: Tiga sekeluarga maut selepas kereta jenis Proton Saga dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 427 Jalan Betong-Sarikei-Meradong sekitar jam 9.30 pagi semalam.

image
NGERI: Anggota bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta.

Ketua Polis Daerah Sarikei Superintenden Mat Jusoh Muhamad berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan dari Saratok ke Sarikei, manakala lori terbabit pula datang dari arah bertentangan.

“Mangsa dikenali sebagai Deraman Unggu, lelaki, 29, Jennifer Charlie, perempuan, 32, dan seorang kanak-kanak perempuan, Shayrellqeenz Joyce Zulkulnaen dipercayai berusia sembilan tahun.

“Deraman adalah pemandu kereta, Jennifer penumpang bahagian hadapan dan kanak-kanak berada di kerusi penumpang belakang.

“Pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan kepada media, semalam.

Berdasarkan siasatan awal, katanya, kereta dinaiki mangsa ketika melalui satu selekoh tajam di lokasi kejadian dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori terbabit.

“Sungguhpun demikian, punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan pihak polis di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujar Mat Jusoh.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Suna Kaha berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati tiga orang dalam keadaan tersepit dan tidak sedarkan diri di dalam kenderaan tersebut.

“Bomba mengambil masa sejam untuk mengeluarkan ketiga-tiga mangsa tersepit. Kesukaran ini  berikutan kereta mangsa terpelosok dan tersekat di bahagian bawah kepala lori.

“Sebuah jengkaut turut diguna untuk mengeluar dan mengalihkan kereta mangsa dari bawah lori terbabit.

“Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang turut berada di lokasi kejadian,” kata Suna lagi.

Mayat tiga sekeluarga itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sarikei untuk proses selanjutnya, sebelum dituntut ahli keluarga mereka.

SOURCE → http://www.theborneopost.com/2016/06/04/ajal-mati-bersama/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s