Tiong bawa 100 ahli SPDP rai Gawai ke rumah panjang

BINTULU: Ahli Parlimen Bintulu merangkap Presiden Parti Demoratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri Tiong King Sing mengadakan kunjungan ke lapan rumah panjang  Kemena sempena sambutan Hari Gawai Dayak pagi semalam.

Kunjungan itu turut disertai oleh 100 ahli Persatuan, Pergerakan Pemuda dan Wanita cawangan SPDP.

Tiong  berucap semasa kunjungan itu menyatakan rasa gembira kerana dapat bermesra dan menyambut perayaan Gawai Dayak bersama penduduk di beberapa rumah panjang terbabit.

Beliau menyifatkan perayaan itu sebagai medium yang membantu  menyatupadukan pelbagai kaum  tanpa mengira bangsa dan pegangan agama sekali gus membantu mengukuhkan  semangat 1Malaysia.

Sempena kunjungan itu Tiong turut mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk di rumah panjang kerana memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 baru-baru ini.

Antara rumah panjang yang dikunjungi beliau bersama ahli rombongannya ialah Rumah (Rh) Renggan di Sebauh, Rh Eyus Esek, Rh Gawan Bandan, Rh Saging Layang, Rh Matthew Sultan, Rh Merepat Sekeran, Rh Gani Lansan dan Rh Mompek.

SOURCE → http://www.theborneopost.com/2016/06/04/tiong-bawa-100-ahli-spdp-rai-gawai-ke-rumah-panjang/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s