Wanita terbunuh dilanggar Hilux ketika tunggu bas

SERIAN: Malang tidak berbau apabila seorang wanita terbunuh akibat dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika sedang menunggu bas  di Kilometer 89 Jalan Kuching-Sri Aman semalam.

image
MUSNAH: Keadaan Hilux tersebut yang terbabas dan merempuh perhentian bas.

Mangsa ialah Syifa Stepfie Stephen Satup berusia 22 tahun dan tinggal bersama keluarga di Klinik Kesihatan Balai Ringin yang terletak hanya beberapa meter dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah DSP Chung Aik Peng memberitahu semasa kejadian mangsa berada di perhentian bas apabila sebuah Hilux dikatakan terbabas ketika cuba mengelak melanggar sebuah kereta iaitu sekitar jam 7.30 pagi.

“Difahamkan, sebuah kenderaan lain tiba-tiba memasuki laluan Hilux tersebut menyebabkan kemalangan dan semasa pemandu Hilux cuba mengelak ke tepi kiri jalan, ia melanggar mangsa yang sedang menunggu bas di perhentian bas berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengesahkan kejadian tersebut semalam.

Menurut Chung, mangsa mengalami kecederaan parah telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Kesihatan dari Klinik Kesihatan Balai Ringin yang dikerahkan ke tempat kejadian.

Manakala pemandu Hilux berusia 47 tahun dan berasal dari Bintangor dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan telah mendapat rawatan di Hospital Serian.

Beberapa anggota dan pegawai dari cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian juga hadir di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Semasa kejadian berlaku, Hilux tersebut dalam perjalanan dari Serian ke Sri Aman dan kes masih lagi dalam siasatan,” kata Chung yang memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut.

SOURCE → http://www.theborneopost.com/2016/06/04/wanita-terbunuh-dilanggar-hilux-ketika-tunggu-bas/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s