Suri rumah fitnah polis Miri dalam Facebook ditahan

image
STATUS YG DI MUAT NAIK OLEH SURI RUMAH TEREBUT

MIRI 6 Jun – Polis Miri telah menahan seorang suri rumah berusia 21 tahun untuk siasatan berikutan tindakannya membuat kenyataan memfitnah polis di laman Facebook ‘Miri Complain Community” semalam.

Timbalan Ketua Polis Miri, Supt. Stanley Johnathan Ringgit berkata, polis menahan wanita itu pada 11 malam tadi.

“Polis akan memohon perintah tahanan reman untuk wanita itu pada petang ini,” katanya hari ini.

Polis turut merampas satu unit telefon bimbit, satu unit tablet jenama Lenovo, kad sim jenama Hotlink dan kad memori daripada wanita itu, katanya.

Beliau berkata, suri rumah itu akan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Stanley berkata wanita itu antara lain mendakwa mempunyai maklumat mengenai polis yang menerima rasuah serta mencabar polis mengambil tindakan terhadapnya.

SOURCE → BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s