Tiong, rombongan teruskan kunjungan Hari Gawai Dayak

image
TUNJUK BAKAT: Tiong mencuba menari tarian ngajat semasa kunjungan gawai di beberapa rumah panjang.

BINTULU: Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing serta rombongan meneruskan kunjungan Gawai Dayak ke tujuh buah rumah panjang di Sebauh dan Kuala Tatau semalam.

Rumah panjang sempat dikunjungi ialah Rumah Mabong Barau (Sekabai Hulu), Rumah Lani Tabeh (Sungai Sekabai), Rumah Ambu Salang (Sungai Semanok), Rumah Lebong Luang (Sungai Seterus), Rumah Fabian Jembu (Kuala Tatau) dan Rumah Lipie (Hulu Sebauh).

Tiong berkata, kunjungan itu merupakan acara tahunan yang dilakukan beliau bersama ahli-ahli Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) setiap sambutan Gawai Dayak.

“Melalui kunjungan itu bukan sahaja membolehkan kita (SPDP) mengeratkan silaturahim dengan penduduk di kawasan pedalaman namun boleh mendengar kehendak atau masalah  rakyat boleh diselesaikan dengan segera,” katanya.

Beliau mengingatkan masyarakat Dayak memanfaatkan perayaan ini untuk mengukuhkan kekeluargaan dan persaudaraan kerana waktu paling sesuai mereka pulang ke kampung halaman atau rumah panjang masing-masing.

Justeru itu, hubungan erat sesama ahli keluarga ini secara tidak langsung mengukuhkan institusi kekeluargaan dengan menerapkan nilai murni keluarga masing-masing khususnya saling berkongsi idea dan bagaimana mengubah nasib kehidupan lebih baik.

“Amalan kunjung-mengunjung wajar diteruskan membolehkan sambutan Gawai menjadi sesuatu yang bermakna dan penuh dengan nilai tradisi serta kekeluargaan,” katanya.

SOURCE → http://www.theborneopost.com/2016/06/07/tiong-rombongan-teruskan-kunjungan-hari-gawai-dayak/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s