Davide Grassi Akan Digugurkan

Keputusan drastik diambil berikutan prestasi hambar pemain import itu.

KUCHING: Jodoh pemain import tinggi lampai, Davide Grassi dengan Sarawak bakal berakhir sebaik jendela perpindahan pemain dibuka pada 20 Jun ini selepas Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dilaporkan mengambil keputusan untuk melepaskan tonggak pertahanan tengah itu.

Keputusan drastik itu diambil berikutan rekod hambar Sarawak dalam aksi Liga Super dengan melepaskan 24 gol daripada 12 perlawanan setakat ini.

Ketika dihubungi semalam, jurulatih sementara Sarawak David Usop turut mengesahkan pelepasan pemain kelahiran Montecchio, Itali berusia 30 tahun itu.

“Davide tidak ada masalah dari segi disiplin mahupun komitmen semasa latihan mahupun perlawanan. Bagaimanapun, kita memerlukan pemain yang lebih berkualiti mengawal posisi pertahanan tengah bagi mengelak gawang Sarawak terus dibolosi pada perlawanan seterusnya,” katanya di sini semalam.

Davide merupakan pemain import ketiga disambar Sarawak pada awal musim ini di bawah kendalian bekas jurulatih, Datuk K Rajagobal.

“Kita sedang menilai beberapa pemain import baharu dan mereka dijangka tiba untuk menjalani ujian sebaik sesi latihan bermula pada 13 Jun ini,” akui David.

Antara pemain import hangat diperkatakan bakal mengadakan ujian bersama pasukan Sarawak ialah pemain kebangsaan Hong Kong, Andrew James Russell.

Mengenai nasib trio penyerang import Gilmar Da Silva, Makeche Ndumba dan Junior Aparecido, jurulatih tempatan itu berkata kedudukan ketiga-tiga pemain terbabit masih selamat setakat ini.

Makeche mendahului senarai penjaring terbanyak Sarawak dengan enam gol, diikuti Junior dengan lima gol manakala Gilmar (empat gol).

Sementara itu, David masih belum memutuskan skuad yang akan menjadi ‘sparring’ Sarawak semasa tempoh cuti panjang ini.

Katanya, perlawanan persahabatan itu penting untuk mengekalkan kecergasan dan momentum semua pemain selepas berjaya mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam aksi terakhir sebelum rehat.

Sarawak kini menduduki tangga kesembilan dengan mengumpul 12 mata hasil tiga kemenangan, tiga seri dan enam kekalahan.

Kempen Liga Super 2016 akan bersambung selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri apabila Sarawak bertandang ke Stadium Darul Makmur menentang Pahang pada 16 Julai depan.

SOURCE → http://www.theborneopost.com/2016/06/08/davide-bakal-digugurkan/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s