Miri sedia medan SUKMA XVIII

MIRI: Meskipun Miri sudah bersedia menjadi tuan rumah bagi tiga acara yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA XVIII) namun dari sudut promosi temasya sukan berprestij kebangsaan itu seolah-olah masih sepi.

image
Namun promosi temasya sukan berprestij kebangsaan itu seolah-olah masih sepi

Tinjauan Utusan Borneo di sini semalam mendapati belum terdapat sebarang banting atau poster dinaikkan bagi menjelaskan bahawa Miri menjadi tuan rumah temasya SUKMA edisi ke-18 yang bakal bermula pada 22 hingga 31 Julai depan.

Berbaki lebih sebulan sahaja lagi, promosi temasya sukan ‘miniol-impik’ itu di sini sepatutnya hangat ibarat kempen pilihan raya memandangkan Sarawak menjadi tuan rumah kejohanan kali ini.

Malah, promosi melalui media cetak dan elektronik juga khasnya dalam akhbarakhbar tempatan juga belum cukup untuk menggambarkan keghairahan Sarawak sebagai penganjur SUKMA XVIII.

Dari sudut persiapan kemudahan atau fasiliti, Miri bagaimana pun telah pun bersedia untuk menyambut ketibaan atlet-atlet dari seluruh negara termasuk gelanggang pertandingan dan penginapan.

Miri menjadi tuan rumah bagi tiga acara iaitu karate yang akan berlangsung 19 hingga 21 Julai, sepak takraw bermula 23 hingga 30 Julai dan perahu layar (24 hingga 25 Julai).

Dalam pada itu, Pegawai Penguasa Majlis Sukan Negeri Bahagian Miri, Harifen Mansur berkata kerjakerja menaik taraf beberapa keperluan asas di St adium Tertutup Miri hampir siap sepenuhnya.

Ia akan menjadi gelanggang rasmi bagi dua acara yang dipertandingkan pada SUKMA XVIII iaitu karate dan sepak takraw.

Harifen berkata, beberapa perkara juga telah dinaik taraf seperti membaiki tandas, menukar struktur lantai, mengecat semula dinding serta menukar lampu bagi menerangi keseluruhan gelanggang terbabit.

Tambahnya, atlet-atlet seluruh Malaysia mulai berkampung di Sarawak selepas perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti dan Miri juga bakal menyambut ketibaaan atlet-atlet bagi tiga acara yang dipertandingkan di sini.

Sementara itu, Sarawak mensasarkan sebanyak 72 pingat emas sekali gus mengembalikan kegemilangan menjuarai SUKMA tiga tahun berturut-turut pada 1990 (Sarawak) , 1992 (Johor) dan 1994 (Perak).

Untuk rekod, SUKMA bermula pada 1986 sehingga 2014, Selangor paling banyak menjuarai temasya itu iaitu lapan kali, diikuti Terengganu (empat kali), Sarawak (tiga kali) sementara Kuala Lumpur (Wilayah Persekutuan) sekali.

SOURCE → http://www.theborneopost.com/2016/06/09/miri-sedia-medan-sukma-xviii/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s