15 keluarga dijemput berbuka puasa

BINTULU: Seramai 47 orang daripada 15 buah keluarga kurang berkemampuan telah dijemput berbuka puasa di Hotel Wiwo semalam. Mereka terdiri daripada keluarga yang kurang bernasib baik yang tinggal di sekitar bandar Bintulu antaranya dari Kampung Assyakirin, Pasar, Kampung Sinong, Kampung Baru Ulu, Kampung Kamunting, kawasan industri Kidurong dan Samalaju.

Pengurus Hotel Wiwo, Allen Tan Kuok Sing telah menaja sepenuhnya bufet berbuka puasa kepada 15 buah keluarga itu dengan kerjasama dari Bintulu News yang diketuai oleh Francis Ngu.
Menurut Allen, Francis telah mencadang kepadanya untuk membawa 15 keluarga tersebut makan di tempat yang mewah serta merasai berbuka puasa dengan makanan yang enak. Dalam pada itu, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Rodziah Morshidi turut hadir berbuka puasa bersama-sama tetamu jemputan khas di Hotel Wiwo itu. Ujar Rodziah, beliau amat bangga kerana usaha Bintulu News telah membantu sedikit sebanyak keluarga yang kurang mampu sehingga membawa mereka menikmati makanan yang enak di tempat yang mewah itu.

“Jarang sekali kita melihat semangat sukarelawan yang sentiasa membantu dan tidak kenal erti penat untuk memberi bantuan sedaya yang mungkin lebih lagi ketika bulan Ramadan iaitu bulan yang mulia ini. “Saya juga mengenali segelintir daripada mereka dan saya amat faham kesusahan serta masalah yang dihadapi,” katanya.
Tambah Rodziah, beliau mengalakkan lagi supaya lebih banyak syarikat korporat memberi perhatian dan membantu tidak kira apa jenis sumbangan supaya dapat meringankan beban serta memberi sedikit cahaya kebahagiaan pada bulan yang mulia ini.

Pada masa sama, Rodziah turut menyampaikan sumbangan peribadinya kepada 15 buah keluarga tersebut.
Pentadbir Bintulu News, Francis Ngu juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah beri kerjasama dan membantu secara sukarela dari segi menyediakan tempat, menyediakan kenderaan untuk membawa 15 keluarga dan juga kepada Hotel Wiwo yang telah sudi menyediakan tempat eksklusif dan makanan kepada mereka.

SOURCE → http://www.utusansarawakonline.com/news/34509/15-keluarga-dijemput-berbuka-puasa/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s