Kelab Cabaran 4WD Bintulu bantu warga emas OKU

image
DAIF: Tempat tinggal lama Pasang sebelum berpindah ke rumah PPRT yang terletak berdekatan.
image
MAKANAN: Ahli-ahli kelab membawa barang makanan untuk diserahkan kepada Pasang.

BINTULU: Penderitaan seorang warga emas orang kurang upaya (OKU) yang menghidap penyakit angin ahmar sejak lima tahun lalu dan memerlukan bantuan orang ramai mendapat perhatian daripada Kelab Cabaran 4WD Bintulu.

Warga emas, Pasang Maga, 66, tinggal bersendirian, tiada kemudahan bekalan air bersih dan elektrik di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Batu 34 1/2 Jalan Bintulu-Miri.

Warga emas itu kematian ibu bapa sejak beberapa tahun lalu turut menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Begitupun menyedari dia masih memerlukan bantuan susulan, Presiden Kelab Cabaran 4WD Bintulu Tie Sing Ung dan Naib Presidennya Mancha Seliman bersama ahli kelab pergi ke rumah warga emas terbabit menghulurkan bantuan.

Tie berkata, pihaknya menyedari kesusahan dialami warga emas ini yang amat memerlukan bantuan menerusi maklumat disampaikan oleh orang awam.

“Tanpa berlengah kami pergi ke kediaman warga emas terbabit dan membantu dengan membawa beras, telur, makanan dalam tin, serbuk susu Enercal (khusus untuk OKU), air, pakaian dan sebagainya dengan nilai RM700,” katanya.

Di samping pemberian barang makanan, seorang ahli kelab turut sukarela memotong rumput di sekitar kawasan rumah Pasang.

“Bantuan lain diperlukan warga emas itu ialah pemasangan saluran air hujan ke tangki penyimpanan yang disediakan di rumah itu.

“Tangki ada di situ namun tiada air hujan dikumpul berikutan tiada saluran memasuki tangki penyimpanannya,” kata beliau sambil menambah, warga emas terbabit berpindah ke rumah PPRT itu pada 30 September 2015.

Keterangan dan maklumat lanjut mengenai bantuan dan warga emas tersebut boleh menghubungi talian 019-8340711.

SOURCE → http://www.theborneopost.com/2016/06/14/kelab-cabaran-4wd-bintulu-bantu-warga-emas-oku/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s