22 pemandu guna lorong kecemasan didakwa di mahkamah bulan depan

MELAKA: Dua puluh dua pemandu yang didapati menggunakan lorong kecemasan di KM228 Lebuhraya Utara-Selatan menghala utara sehingga menghalang laluan ambulans pada Mei lepas akan didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Gajah dekat sini pada 18 Julai depan.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk V.Valluvan berkata semua 22 pemandu itu telah diberikan saman untuk dibawa ke mahkamah selepas hadir sesi temu siasat yang diadakan di JPJ Melaka.

Beliau berkata JPJ telah memberikan notis temu siasat kepada semua 79 pemandu yang melakukan kesalahan itu dan sedang menunggu baki pemandu yang masih tidak hadir temu siasat tersebut.

“JPJ memandang serius perkara ini dan kita telah mengambil tindakan untuk mendakwa pemandu yang menggunakan lorong kecemasan dalam kejadiaan berkenaan di mahkamah secepat mungkin,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang 22 Mei lepas lepas, kenderaan terlibat didapati menggunakan lorong kecemasan sehingga menjadi antara punca ambulans lewat tiba di lokasi kemalangan berhampiran susur keluar Simpang Ampat di sini.

Kelewatan ambulans antara sebab dua beradik, Mohamad Ma’arof Shadik Mohamed, 38 dan adiknya, Alam Iqbal, 20, yang cedera parah selepas motosikal dinaiki merempuh sebuah kereta yang rosak di lorong kecemasan lewat mendapatkan bantuan dan meninggal dunia di Hospital Seremban, Negeri Sembilan.

Mengulas lanjut, Valluvan berkata pemandu yang tidak hadir ke sesi temu siasat dalam tempoh 21 hari yang telah ditetapkan setelah menerima notis temu siasat itu tidak akan terlepas malah akan dikenakan tindakan susulan.

Katanya arahan telah dikeluarkan kepada semua pejabat JPJ di seluruh negara bagi mengesan pemilik kenderaan yang enggan menghadirkan diri kerana pendaftaran kenderaan berkenaan kebanyakan berdaftar dari luar Melaka antaranya Johor dan Selangor.

Beliau berkata tiga daripada kenderan terlibat adalah dari Singapura dan mereka juga tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

“Kita telah rekodkan kesalahan pemandu dari Singapura ini dan tindakan dakan dilakukan secepat mungkin selepas Sistem Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) dilaksanakan dalam masa terdekat ini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya JPJ telah menerima lebih 1,000 aduan dan gambar melibatkan kesalahan pemandu yang menyalahgunakan lorong kecemasan antara 22 Mei hingga 10 Jun lepas.

Valluvan berkata tindakan akan diambil selepas siasatan dilakukan secara terperinci dan JPJ berharap orang ramai boleh menyalurkan sebarang aduan atau gambar kesalahan lalu lintas yang dilakukan pemandu. — Bernama

Via → http://www.theborneopost.com/2016/06/15/22-pemandu-guna-lorong-kecemasan-didakwa-di-mahkamah-bulan-depan/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s