Ahli Perniagaan Maut Terkena 6 Das Tembakan Selepas Bayar Tol

image
Ahli Perniagaan Maut Terkena 6 Das Tembakan Selepas Bayar Tol

SHAH ALAM, 15 Jun: Seorang ahli perniagaan mati ditembak ketika semdang memandu berhampiran dengan Plaza Tol Sungai Rasau disini dalam kejadian kira-kira jam 4.35 petang tadi.

Menurut Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Hafien Mamat, ketika kejadian, mangsa yang berusia 43 tahun dipercayai dari arah Klang menuju ke rumahnya di Kajang.

Bagaiamanapun, selepas membuat bayaran tol menggunakan kad Touch N Go, mangsa ditembak oleh individu bermotosikal sehingga menyebabkan kereta yang dipandu olehnya terbabas ke bahu jalan.

image

Hasil siasatan, polis menemui 10 kesan tembakan di bahagian luar kereta mangsa manakala enam tembakan di badan mangsa.

“Polis yakin suspek adalah seorang penembak profesional berikutan ketepatan tembakannya,” katanya sebagaimana lapor BH Online.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan, mangsa yang dikenali sebaga Gooi Tan Hock itu terkena 6 das tembakan.

“Mangsa dikenali Gooi Tan Hock ahli perniagaan dari Kajang.

“Selepas terkena tembakan mangsa yang memandu seorang diri terbabas dan melanggar penghadang jalan,” kata Hafien Mamat.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat. – Siakapkeli.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s