Pekerja Kedai Kek Diperkosa Rakan Sekerja

KUCHING: Seorang gadis berusia 17 tahun trauma dan telah menghantar surat berhenti kerja setelah mangsa dirogol oleh rakan sekerjanya di sebuah kedai kek di Jalan Simpang Tiga disini ketika sedang berehat di dalam bilik asrama.
Difahamkan, suspek lelaki berusia 23 tahun itu pergi ke asrama dimana mangsa sedang berehat sebelum menolak mangsa ke atas tilam dan merogolnya.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai ketika dihubungi berkata, lelaki tersebut berasal dari Kampung Moyan Laut, Asajaya juga telah beristeri, melakukan perbuatan tersebut di hostel pekerja kedai terbabit pada waktu rehat tengah hari, Isnin lalu.

“Helah lelaki tersebut terbongkar setelah gadis tersebut menghantar surat berhenti kerja dan mangsa telah menceritakan kesemuanya kepada majikannya sebelum mangsa dinasihatkan membuat laporan polis.

“Mangsa juga dikatakan cuba melawan sebelum berjaya melepaskan diri lalu mengunci dirinya didalam tandas,” tambahnya.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak(HUS) untuk membuat pemeriksaan dan sampel DNA diambil untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Abang Ahmad memberitahu pihaknya telah mengarahkan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah membuat tangkapan keatas suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376, Kanun Keseksaan atas jenayah merogol.

SOURCE via → http://www.sarawakiana.net/2016/06/pekerja-kedai-kek-diperkosa-rakan.html?m=1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s