Majlis Berbuka Puasa Di Gereja?

GAMBAR satu majlis berbuka puasa yang didakwa dianjurkan sebuah gereja di Kucing, Sarawak yang kini tersebar di laman media sosial, mengundang pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak.

Menerusi laman Facebook Sarawak Edition, majlis berbuka puasa itu berlangsung pada 17 Jun (Jumaat), di St Joseph’s Christian Parish Centre di Kucing untuk umat Islam setempat.

image

Menerusi laman Facebook Sarawak Edition, majlis berbuka puasa itu berlangsung pada 17 Jun (Jumaat), di St Joseph’s Christian Parish Centre di Kucing untuk umat Islam setempat.

“Ini lah semangat toleransi keharmonian dan perpaduan pelbagai kaum dan agama di Sarawak,” tulis di kapsyen gambar itu yang turut dikreditkan kepada Colin Wei.

Posting tersebut diterima baik netizen apabila ia mendapat lebih 15, 000 ‘like’ dan dikongsi lebih 9,800 kali sejak dimuat naik.

Namun, pendapat masyarakat berbeza-beza apabila timbulnya pelbagai tanggapan yang mana ada yang mengatakan ia adalah perkara baik dan ada juga yang mengatakan sebaliknya.

Seorang pengguna Facebook, Aron Reed berkata: “Inilah sebabnya saya hormat Sarawak. Tiada rasisme.”

“Kami di sini di Sarawak tidak pernah rasis. Kami hidup dalam harmoni, kami hidup bersama. Tolong bersikap matang. Bumi ini bukan milik kita, ia milik Tuhan,” tulis pengguna Facebook, Iza Iza.

Disebabkan terteranya lambang salib yang jelas juga, netizen khususnya yang beragama Islam mengatakan ia adalah seolah-olah tidak menghormati sensitiviti agama, apatah lagi gambar tersebut boleh mencetuskan fitnah.

Jadi apa pendapat anda?

SOURCE → http://www.mynewshub.cc/2016/06/19/majlis-berbuka-puasa-di-gereja/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s