Penyamun Tergamak Tumbuk Muka, Potong Kaki Nenek 89 Tahun

Pasir Mas, 19 Jun: Seorang penyamun tergamak memotong kaki kiri seorang warga emas sehingga putus selepas cuba menyamun nenek itu di Kampung Tanjung Rendang, Lemal dekat sini.

Dalam kejadian yang berlaku ketika jam 6 petang tadi, mangsa, Mek Som Mat Diah, 89, sedang berehat di ruang tamu rumahnya bersama seorang anak perempuan yang berusia 55 tahun.

Harian Metro melaporkan, penyamun yang berusia 19 tahun itu difahamkan merupakan jiran sekampung mangsa.

Ketika kejadian, suspek menceroboh rumah Mek Som dan meminta wang. Bagaimanapun suspek mula bertindak agresif apabila mangsa dan anaknya enggan memberikan wang yang diminta.

Anak perempuan Mek Som berjaya melarikan diri namun Mek Som ditumbuk di muka dan kakinya ditetak dengan senjata tajam yang dipercayai sejenis pisau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad mengesahkan kejadian.

Menurut beliau, mangsa telah dihantar ke Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Suspek sudah ditahan penduduk kampung yang melihat kejadian dan akan dibawa ke Mahkamah Pasir Mas esok untuk perintah tahanan reman,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan ujian air kencing terhadap remaja itu mendapati dia positif dadah. –Siakapkeli.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s