Tragedi memancing

image
BANTU: Anggota bomba mengangkat mangsa untuk diserahkan kepada pihak ambulans.
image
TERJATUH: Rakan mangsa melihat keadaannya setelah terjatuh ketika memancing.

Warga Thailand dikhuatiri patah kaki kiri apabila terjatuh dari sebuah jeti di Jalan Pending.

KUCHING: Seorang lelaki warga Thailand dikhuatiri patah kaki kiri apabila terjatuh dari sebuah jeti di Jalan Pending di sini.

Menurut sumber, mangsa yang berusia 28 tahun dan bekerja di sebuah kilang berhampiran sedang memancing bersama rakan-rakannya sekitar jam 3 petang.

Bagaimanapun, mangsa kemudiannya dikatakan terjatuh dan rakan-rakannya terus menghubungi pihak berkuasa berkaitan untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuching dikerahkan ke tempat kejadian bagi membantu mengangkat mangsa.

“Mangsa ditemui dalam keadaan bernyawa namun patah kaki di bawah jeti berkenaan,” katanya.

Pasukan bomba seterusnya mengangkat mangsa dan menyerahkannya kepada pihak ambulans bagi dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan.

SOURCE → http://www.theborneopost.com/2016/06/20/tragedi-memancing/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s