22 tahun mentadbir negara Malaysia, dan 21 tahun menunggu masa untuk berjumpa dengan beliau.

Banyak yang saya belajar daripada beliau. Kekecewaan, kegembiraan dan pahit manis beliau di dalam politik, sedikit membuatkan kami hampir menangis ketika sesi temu ramah.
Orangnya peramah, tidak kurang senyum dari awal perbualan hingga akhir. Percakapan yang sangat tenang dan sarkastik, bagi saya itu adalah yang paling lucu.

Kami bercerita ibarat seorang datuk dan cucu. Kesebakannya semakin bertambah apabila saya mengutarakan soalan “Apakah harapan Tun kepada anak muda dan Wawasan 2020?”

Jawapan disertakan dengan air mata yang bergenang di kelopak matanya yang tua. Saya menghulurkan rangkap sajak yang saya karang ketika saya masih menuntut di UiTM Sarawak, dia tersenyum lalu memuji cara penulisan saya.

Saat saya menanyakan apakah perasaan Tun terhadap masa depan Malaysia dan juga keadaan sekarang? Soalan itu dijawab dengan suara tuanya yang perlahan.
“Siapa tak sedih kalau kita lihat rumah yang kita bina, lepas tu roboh oleh orang yang kita amanahkan untuk jaga,”

Saya cuba menyembunyikan perasaan sebak saya dan melihat ke arah lain agar beliau tidak perasan. Kalau diikutkan memang hendak menangis tetapi ditahan. Sudahlah beliau letak harapan yang besar kepada anak muda, tiba-tiba saya menangis sebak depan beliau. Tak boleh lembik untuk negara kan.

Tetapi saat beliau terbatuk ketika bercakap, saya tidak dapat menahan lagi perasaan sebak lalu berpura-pura merekod video ketika perbualan tersebut.

Tun adalah seorang pemimpin yang asalnya daripada orang susah, bukan dari golongan elit. Dia tidak henti-henti menasihatkan saya bahawa kita perlu berusaha untuk hidup senang iaitu bekerja kuat. Jangan mengharapkan bantuan dan paling ditekannya, JANGAN MALAS dan DENGKI.

Perasaan terharu saya saat memasuki ke perkarangan Yayasan, diikuti semangat untuk memberi inspirasi kepada anak muda di luar sana. Disaat beliau dilontar, dihina dan direndahkan oleh orang yang tidak sepatutnya, jujur saya katakan, beliau masih tenang.

Beliau berpesan kepada saya agar menjadi seorang rakyat Malaysia yang berguna kepada bangsa.

Dan paling penting nasihat untuk saya “Education is important,”

Terima kasih Tun diatas masa Tun untuk saya. Banyak nasihat yang saya dapat daripada beliau. Selama ini saya hanya membuka Youtube, TV, buku dan artikel, pada 10 Mei 2016, saya memberanikan diri untuk menulis surat kepada beliau dan tepat 24 Mei 2016, surat dibalas untuk perjumpaaan yang terjadi pada hari ini.

JasaMu Akan Ku Kenang Sentiasa,
YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad,
Bekas Perdana Menteri ke-4 Malaysia,
Dan juga Bapa Pemodenan Malaysia.

PETIKAN DARI FACEBOOK → Claudia Ashley Anthony

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s