Orang ramai boleh lapor salah laku anggota polis melalui FB

KUALA LUMPUR, Isnin – Orang ramai kini boleh mula membuat laporan salah laku terhadap anggota polis dengan cara lebih mudah menerusi laman Facebook.

Bercakap perkara itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, langkah berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha jabatan untuk mendekati orang ramai dan mengukuhkan integriti anggota beruniform biru ini.

Apatah lagi melihat bilangan pengguna Facebook di Malaysia yang mencecah sehingga tujuh angka, beliau berkata JIPS mahu menggalakkan orang ramai untuk berkongsi maklumat mengenai salah laku anggota polis.

“Kami telah memulakannya sejak jabatan itu ditubuhkan hampir dua tahun lalu.

“Kami melihat banyak perkara yang menjadi viral di Facebook, jadi daripada mereka menyuarakan aduan atau apa sahaja maklumat yang mereka ada, mereka boleh datang terus kepada kami agar tindakan segera boleh diambil,” katanya.

Bagaimanapun Jalaluddin berkata, kebanyakan rakyat Malaysia masih memilih untuk membuat aduan mereka dengan menulis surat.

Dianggarkan kira-kira 4, 275 aduan diterima sejak 2014 menerusi kaedah itu.

“Kami ada 18 saluran untuk orang ramai pilih tetapi berdasarkan statistik, majoriti pengadu memilih untuk membuat lapran menggunakan surat.

“Masalahnya kebanyakan pengadu akan memberi maklumat yang kurang jelas dan tidak meninggalkan malumat lengkap mereka,” katanya lagi.

Setakat ini aduan yang dibuat rata-ratanya adalah mengenai anggota polis yang terlibat dalam kegiatan perjudian atau maksiat.

Pengadu biasanya akan memberi maklumat mengenai lokasi dan menyediakan gambar sebagai bukti.

SOURCE → http://www.ismaweb.net/2016/06/orang-ramai-boleh-lapor-salah-laku-anggota-polis-melalui-fb/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s