Misi perbaiki kelemahan

TINGKAT PRESTASI: Pemain memanaskan badan sebelum memulakan sesi latihan. Sarawak akan mengadakan dua perlawanan persahabatan menentang Selangor PKNS (25 Jun) dan Kuala Lumpur (28 Jun).

KUCHING: Jurulatih sementara Sarawak David Usop mahu memanfaat sepenuhnya dua perlawanan persahabatan menentang Selangor PKNS dan Kuala Lumpur bagi memperbaiki setiap kelemahan yang masih ketara dalam skuad itu.

Menurutnya David, fokus utama beliau sudah tentu untuk mempertajamkan jentera serangan selain mengukuhkan benteng pertahanan lebihlebih lagi selepas ketiadaan Davide Grassi.

“Dua perlawanan persahabatan ini amat penting bagi saya memperbaiki setiap kelemahan dalam skuad ini sebelum kempen liga bersambung semula.

“Saya harap pemain akan menggunakan perlawanan ini sebagai landasan meningkatkan lagi prestasi dan mengembalikan momentum selepas berehat panjang,” katanya semalam.

Menurut David, perlawanan itu juga dijadikan medan bagi menguji keupayaan pemain pertahanan yang sedang menjalani ujian bersama Sarawak iaitu Teah Dennis (Liberia), Andrei Alexandru Cordos (Romania) dan Vladimir Otasevic (Serbia).

Tambahnya, beberapa lagi pemain pertahanan baharu dijangka mencuba nasib dalam dua perlawanan persahabatan tersebut.

Sarawak akan berlepas hari ini dan dijangka menentang Selangor PKNS pada 25 Jun bertempat di Padang Bola Sepak PKNS disusuli pertemuan menentang Kuala Lumpur di Padang USJ pada 28 Jun.

Dalam pada itu, David sekali lagi bertegas tidak terlalu meletakkan impian tinggi dalam kempen Piala Malaysia 2016 yang akan bermula pada 13 Julai depan.

Ini tegasnya disebabkan jadual perlawanan yang terlalu padat kerana diselangselikan dengan perlawanan Liga Super.

“Sukar untuk meramalkan peluang kita kerana saingan dijangka amat sengit.

“Apapun saya tetap dengan misi utama iaitu memastikan Sarawak dapat kekal dalam saingan Liga Super pada tahun depan.”

Sarawak akan memulakan kempen Piala Malaysia menentang Kedah di Stadium Darul Aman pada 13 Julai depan.

Ia disusuli perlawanan Liga Super menentang Pahang di Stadium Darul Makmur pada 16 Julai sebelum bertandang ke Johor menentang JDT II dalam kempen Piala Malaysia pada 19 Julai di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

SOURCE → http://www.theborneopost.com/2016/06/24/misi-perbaiki-kelemahan/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s