Wanita Filipina “dijual” di Bintulu, dijanji RM10,000 sebulan, tapi hanya terima RM600

Malangnya setiba di negara ini, mereka dipaksa bekerja di premis hiburan dipercayai untuk “dijual”.

image

Pekerjaan ini memerlukan mereka dikurung di kuarters serba daif dan hanya dibayar upah kurang RM600 sebulan.

Ejen kerja seorang wanita Filipina memberi alasan, gaji mereka mengecut selepas pemotongan kos urus ejen, pembayaran proses kemasukan dan sebagainya oleh majikan.

Risikan dan siasatan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Bintulu membawa kepada tugas menyelamat 29 warganegara Filipina ini yang bekerja di pusat hiburan di Bintulu.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zailanni Amit mengesahkan kesemua warganegara Filipina ini diselamatkan dalam serbuan berasingan 9 Jun lalu bermula 10 malam dan berakhir 5 pagi.

“Serbuan pertama dilakukan di pusat hiburan kawasan Medan Jaya yang memberkas dua lelaki Filipina dan dua lelaki tempatan penjaga premis,” kata Supt Zailanni.

Dalam operasi tersebut polis menyelamat enam wanita Filipina berumur 20 hingga 33 tahun daripada kawalan majikan mereka.

Dalam serbuan berasingan di pusat hiburan Tanjung Batu pula, polis menangkap lelaki Cina, 35, serta menyelamat dua wanita Filipina di pusat hiburan tersebut.

“Hasil risikan dalam kedua-dua serbuan tersebut, polis meneruskan serbuan di rumah persendirian di Jalan Sibiew sekali gus menyelamatkan 21 wanita Filipina di rumah tersebut,” tambah Supt Zailanni.

Rumah di Jalan Sibiew itu dipercayai dijadikan pusat transit sementara bagi wanita berkenaan, sebelum mereka diagihkan bekerja di beberapa pusat hiburan di Bintulu.

Supt Zailanni berkata, turut diberkas lelaki Filipina, 31, wanita tempatan, 17, dan pemilik rumah lelaki tempatan, 45.

Ketika disoal siasat, suspek gagal memberi keterangan munasabah berkaitan kehadiran 21 wanita Filipina yang tidak memiliki sebarang dokumen sah termasuk pasport atau pengenalan diri di rumah milik suspek.

Supt Zailanni mengesahkan, polis membuka dua kertas siasatan di bawah Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Polis mengenal pasti beberapa suspek yang masih bebas termasuk identiti ejen wanita Filipina yang dikenali sebagai Jacky.

Kesemua mangsa ditempatkan di Rumah Perlindungan di Kota Kinabalu, Sabah. – http://sarawakvoice.com/2016/06/23/wanita-filipina-dijual-di-bintulu-dijanji-rm10000-sebulan-tapi-hanya-terima-rm600/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s