Disyaki menipu, penjawat awam antara ditahan

DIREMAN: Tiga suspek kes tipu dibawa masuk ke lokap CPS sementara dalam siasatan dan tindakan lanjut polis.

SIBU: Tiga lelaki termasuk seorang penjawat awam ditahan polis di sini petang kelmarin kerana disyaki melakukan kesalahan menipu.

Dalam kes petama, dua lelaki berumur lingkungan 30-an berjaya ditahan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersil kerana didakwa bersubahat menawarkan pekerjaan ‘off shore’ kepada  28 orang lelaki dengan meminta bayaran yuran pemprosesan berjumlah RM150 setiap seorang.

Semua mangsa dikatakan membuat bayaran yuran tersebut kepada ‘orang tengah’ (suspek) terbabit setelah tertarik dengan tawaran gaji bulanan berjumlah RM4,000 sebulan.

Namun orang tengah terbabit gagal muncul apabila semua mangsa berkumpul di Sibu untuk berjumpa dengan suspek sepatutnya menguruskan jadual penjalanan sebelum mereka bertolak ke Bintulu menghadiri kursus berkaitan pekerjaan ditawarkan.

Usaha semua mangsa menghubungi seorang lagi rakan orang tengah terbabit juga tidak berjaya.

Bimbang mereka ditipu, mangsa tampil ke Balai Polis Sentral (CPS) untuk membuat laporan polis.

Bertindak atas maklumat, polis akhir berjaya menahan dua orang lelaki di sini petang semalam.

Kedua-dua suspek diperintah reman tiga untuk membantu siasatan polis.

Dalam kes kedua, seorang penjawat awam juga direman tiga hari bermula semalam untuk membantu siasatan polis kerana didakwa menipu seorang lelaki sejumlah RM40,000.

Mangsa berumur 30-an dipercayai diperkenalkan oleh suspek melabur dalam pelaburan wang ‘FOREX’ yang dikatakan memberi pulangan menguntungkan pada Januari tahun ini.

Pada Februari lalu, mangsa menyerahkan RM40,000 kepada suspek tetapi gagal mendapatkan resit.

Mac lalu, mangsa bertanya kepada rakannya namun terkejut apabila dimaklumkan bahawa kononnya pelaburan mengalami kerugian sehingga tidak meninggalkan satu senpun.

Meskipun berjanji membayar ganti rugi sejak April lalu, mangsa gagal menghubungi suspek melalui telefon bimbitnya.

Bertindak atas laporan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di sini akhirnya berjaya menahan suspek di tempat kerjanya Jalan Awang Ramli Amit di sini petang semalam.

SOURCE → http://www.theborneopost.com/2016/06/29/disyaki-menipu-penjawat-awam-antara-ditahan/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s