Perlumbaan Burung Antarabangsa Sarawak 2016, 24-25 Sep

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan menganjurkan Perlumbaan Burung Antarabangsa Sarawak 2016 pada 24 dan 25 September depan.
Kenyataan akhbar yang dikeluarkan semalam menyatakan bahawa perlumbaan tersebut merupakan anjuran bersama Malaysian Nature Society (MNS) Cawangan Kuching.

Para peserta akan diminta memerhati, merekod selain mengira spesies burung yang biasa dilihat dan unik di tiga lokasi habitat berlainan termasuk Buntal, Taman Negara Kubah dan Borneo Highland Resort di sini.

Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datu Ik Pahon Joyik ketika ditemui berkata, perlumbaan burung tersebut merupakan inisiatif kementerian dalam membangunkan aktiviti memerhati burung sebagai produk industri pelancongan di negeri ini, khasnya.

Katanya ia juga kerana aktiviti memerhati burung kini menjadi hobi masyarakat seluruh dunia.
“Memerhati burung adalah satu aktiviti rekreasi di mana Sarawak mempunyai keluasan tanah seluas 124,450 kilometer (km) dengan hutan hujan tropika, banyak spesies tumbuhan dan haiwan terutama 54 spesies burung Endemik.

“BirdLife International telah menetapkan 22 Kawasan Penting Burung (KPB) di negeri ini, yang mana ia adalah bilangan yang paling tinggi di Malaysia.

“Justeru, Sarawak berpotensi menjadi tarikan utama khususnya kepada pencinta atau pemerhati burung.

“Ini juga secara langsung akan meningkatkan daya tarikan pelancongan untuk aktiviti memerhati burung di Sarawak selain mewujudkan peluang pendapatan bagi industri pelancongan negeri ini,” katanya.
Sehubungan itu, jelasnya lagi, perlumbaan yang dianjurkan itu juga dipercayai dapat meningkat dan menstabilkan populasi burung yang ada di negeri ini.
Menurut beliau, Perlumbaan Burung Antarabangsa Sarawak 2016 akan mewujudkan kesedaran dan penghargaan terhadap spesies burung sedia ada selain ia juga meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tempatan supaya tidak memburuburung.
“Apa yang penting ialah kita mahu meningkatkan kesedaran awam tentang rasa menghargai dan melindungi burung kita agar populasinya terus dikekalkan,” ujarnya.

Perlumbaan Burung Antarabangsa Sarawak 2016 yang akan diadakan itu merupakan peluang menarik terutama kepada para peserta dalam kalangan pencinta burung untuk meningkatkan kemahiran mengenal pasti spesies burung sekali gus memberi sumbangan positif dalam aspek saintifik.

Untuk maklumat lanjut mengenai perlumbaan tersebut, bolehlah menghubungi Sekretariat menerusi e-mel: sarawakbirdrace@gmail.com atau jemanz@sarawak.gov.my atau layari http://www.facebook.com/mnskb atau mnskuching.blogspot.my.
SOURCES → http://www.theborneopost.com/2016/08/22/perlumbaan-burung-antarabangsa-sarawak-2016-24-25-sep/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s