Kes bunuh Kayong ditangguh 28 Oktober

DITAHAN LANJUT: Ketiga-tiga tertuduh dieskot keluar dari bangunan mahkamah menuju ke kenderaan polis untuk ditahan lanjut di Penjara Pusat Lambir.

MIRI: Mahkamah Majistret semalam menangguhkan sehingga 28 Oktober depan untuk sebutan lanjut kes tiga lelaki yang dituduh membunuh setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri, Bill Kayong.

Penangguhan itu dibuat Majistret Lovely Natasha Charles setelah membenar­kan permohonan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Musli Abdul Hamid yang memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk sebutan lanjut kes me­mandangkan laporan kimia berhubung barang kes masih belum siap.

Mohamad Fitri Pauzi, 29, dari Jalan Dawai 1 Pujut 4D di sini telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan pembunuhan hingga menyebabkan kema­tian Bill Kayong.

Dia didakwa melakukan ke­salahan itu pada jam 8.20 pagi, 21 Jun lalu di persimpangan lampu isyarat berdekatan Pasaraya Emart (Tudan), Jalan Miri-Bintulu.

Manakala dua lagi tertuduh iaitu Lie Chang Loon, 37, dari Taman Pin Fook dan Chin Wui Chung, 50, dari Lorong 5 Krokop di sini masing-masing didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama.

Berdasarkan pertuduhan kes, kedua-dua tertuduh telah bersubahat dengan Lee Chee Kiang, 44, dan seorang lagi yang masih bebas mengupah Mohamad Fitri Pauzi untuk membunuh Bill Kayong.

Mereka didakwa melaku­kan kesalahan itu pada masa dan di tempat yang sama. Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Sementara itu, suasana di dalam kamar mahkamah pe­nuh sesak oleh ahli keluarga serta penyokong Bill Kayong gamat seketika apabila salah sebuah bangku di bahagian galeri awam tiba-tiba pa­tah.

Dalam perkembangan berkaitan, peguam pemer­hati bagi pihak keluarga Bill Kayong iaitu Abun Sui Anyit berkata pihaknya te­lah menulis surat kepada Kerajaan Australia menerusi Pesuruhjaya Tingginya di Kuala Lumpur.

“Atas permintaan ahli ke­luarga mangsa, kami telah menulis surat kepada Kera­jaan Australia sama ada Datuk Stephen Lee telah tiba di Australia selepas 21 Jun 2016 iaitu selepas kejadian bunuh (Bill) berlaku.

“Kalau dia telah tiba di Australia, adakah dia telah terbang ke negara lain selepas tarikh 21 Jun 2016,” katanya ketika mengadakan sidang akhbar di luar mahkamah semalam.

Selain itu menurut Abun, menerusi surat tersebut, mereka turut meminta Kera­jaan Australia untuk menge­sahkan status kewargane­garaan Datuk Stephen Lee sama ada dia sah memegang status warganegara Australia atau penduduk tetap (PR) sahaja.

Justeru katanya, pihak mereka masih menunggu maklum balas daripada kera­jaan Australia seterusnya memaklumkan perkara itu kepada keluarga mangsa.

SOURCE COPYRIGHT : UTUSAN BORNEO ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s