Pelakon drama ditahan disyaki miliki dadah

​KUALA LUMPUR: Seorang pelakon lelaki dan dua rakannya ditahan di sebuah kediaman di Jalan Ampang, di sini, tengah hari Ahad, kerana disyaki memiliki dadah dan senjata berbahaya. Difahamkan, pelakon berusia 28 tahun yang popular menerusi siri drama yang sedang ditayangkan di sebuah rangkaian televisyen swasta itu ditahan pada jam 12.40 tengah hari. 

Menurut sumber, ketika serbuan itu, polis merampas sejumlah pokok yang ditanam di dalam pasu dan dedaun kering dalam bekas kaca serta satu bekas pengisar mengandungi dedaun kering disyaki ganja. Turut dirampas, benih pokok ganja, 21 bilah pisau, tujuh bilah pedang samurai, empat pucuk pistol angon, tiga buku lima, dua laras senapang angin, sebilah kapak dan sehelai vest Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM25,000. “Semua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 4 Akta Senjata Api 1960, Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357),” katanya.

Sumber : Berita Harian Online

POLIS DIRAJA MALAYSIA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s