Runtuh Di Pukul Ribut


BINTULU: Rangka sebuah kilang baja yang masih dalam pembinaan di kawasan perindustrian Tanjung Kidurong di sini runtuh dibadai angin kencang dan hujan lebat sekitar jam 3 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zailanni Amit berkata, tiang dan palang besi turut tumbang dan menghempap beberapa kereta yang diparkir di kawasan sekitar dalam kejadian itu.

“Kejadian petang tadi (semalam) menyebabkan beberapa kenderaan diparkir di kawasan itu dihempap besi bangunan dan rosak, namun tiada kemalangan jiwa dilapor setakat ini,” katanya.

Sementara itu, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu berkata, lapan anggota bomba dikerah ke tempat kejadian bersama jentera FRT dan EMRS.

“Begitupun tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu,” tambahnya.

SOURCE : UTUSAN BORNEO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s