Sabung ayam ‘online’

DIRAMPAS: Antara wang tunai dan cip perjudian yang dirampas.

Pertama di Sarawak, premis diserbu judi sabung ayam disiar secara langsung dari negara asing.

KUCHING: Sebuah premis yang menjalankan kegiatan sabung ayam secara atas talian yang pertama di negeri ini diserbu dan 13 individu termasuk tiga wanita warganegara China ditahan, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Datuk Dev Kumar berkata, premis terletak di sebuah pusat komersil di Jalan Lapangan Terbang itu diserbu anggotanya yang diketuai ASP Ooi Jin Bing pada jam 3.25 petang semalam.

Menurutnya, selain menahan 13 individu berusia lingkungan 30 hingga 45 tahun, polis turut merampas beberapa peralatan perjudian termasuk cip perjudian bernilai RM10 sehingga RM5,000 serta wang tunai.

“Semasa pasukan operasi memasuki premis itu, mereka dilihat sedang menonton sabung ayam menerusi televisyen dan hasil pemeriksaan mendapati sabung ayam itu disiarkan secara langsung dari negara asing.

“Cip perjudian dan wang tunai turut kelihatan di atas meja dan didapati ada pertaruhan dibuat terhadap keputusan sabung ayam itu,” kata Dev dalam kenyataannya di sini, semalam.

Tambahnya, premis tersebut sebelum ini merupakan sebuah restoran stimbot.

“Berdasarkan cip perjudian itu, dipercayai kaki judi membuat pertaruhan dalam jumlah yang besar.

“Selain cip perjudian, turut dirampas ialah sebuah televisyen, dua komputer riba, kalkulator dan wang tunai kira-kira RM795,” kata Dev.

Difahamkan, daripada 13 individu ditahan, tiga adalah wanita warganegara China dan seorang lelaki berusia 32 tahun dipercayai penjaga premis berkenaan.

“Kesemua barangan yang dirampas dan individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

SOURCE : BorneoPost Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s