Merkuri tumpah dalam kelas sains smk bako

BERBAHAYA:Pasukan bomba sedang membersihkan tumpahan merkuri di SMK Bako.

KUCHING: Sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Sains tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Bako, di sini terpaksa dihentikan ekoran tumpahan bahan kimia jenis merkuri, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Farhan Sufyan Borhan berkata kejadian berlaku sekitar jam 11.15 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi pada jam 12.26 tengah hari.

“Sampai di tempat kejadian didapati benar berlaku tumpahan bahan kimia jenis merkuri d bilik makmal semasa sesi pembelajaran subjek sains.

“Pasukan bomba lengkap alat pernafasan dan pakaian kalis kimia membersih tumpahan tersebut dengan menabur sulfur, kemudian menampal pita di lantai untuk mengutip baki serbuk sebelum membersihkannya  menggunakan cecair peluntur.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.04 petang,” kata Farhan dalam satu kenyataannya di sini semalam.

Tambahnya juga, seramai empat pelajar didapati terkena bahan kimia tersebut juga diberi bantuan kecemasan.

“Empat pelajar terdiri daripada tiga pelajar lelaki dan seorang perempuan tersentuh bahan kimia tersebut berada dalam keadaan selamat.

“Pasukan HAZMAT telah melakukan kerja nyah cemar ke atas semua pelajar berusia 13 tahun terbabit,” katanya lagi.

Difahamkan juga, kejadian tumpahan merkuri merupakan yang ke-15 dilaporkan berlaku di seluruh negeri dalam tempoh tiga bulan lalu.

“(Merkuri) Tiada had masa,  cuma sekarang penggunaan merkuri dalam termometer memang ‘out of date’ (lapuk) kerana merbahaya,” kata Farhan yang menjawab pertanyaan mengenai tempoh (luput) penggunaan merkuri.

SOURCE LINK : BorneoPost Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s