(Video) Gadis Si Penebar Roti Canai, Kongsi Rahsia Hasilkan Roti Canai Lembut Dan Sedap

Sejak minggu lalu menjadi viral di laman sosial gambar seorang gadis cantik menebar roti canai di mana video berkenaan ditonton lebih 500 ribu orang.

Ramai tertanya-tanya siakapkah sebenarnya gadis ini, beliau adalah Fatin Farhana Mohd Suad yang bermur 17 tahun di mana video berkenaan beliau membantu di gerai ibunya yang terletak di Bidor Perak.

Memetik laporan Harian Metro, Fatin tidak lokek untuk berkongsikan rahsia bagaimana untuk menghasilkan roti canai yang sedap  dan lembut.

“Ibu mengajar saya menebar roti canai dan dia pesan pergerakan tangan dan tapak tangan mesti lembut untuk memastikan roti sedap. Kalau kasar tak menjadi,” katanya.
Video Fatin menebar roti canai telah menjadi viral di laman Facebook manakala di Instagramnya pula dia mendapat 20 ribu tontonan.

Anak keempat daripada lima beradik yang membantu ibunya di gerai ‘Kak Ita Corner’ di Bidor, Perak mengambil masa tiga hari berlatih menebar roti canai.

“Percubaan pada hari pertama dan kedua gagal kerana roti canai ditebar tidak lembut. Saya fikir nak bantu ibu, saya cuba lagi dan Alhamdulillah hari ketiga berjaya,” katanya.

Gerai ibunya, Rosmawati Che Omar, 42, yang terletak di Jalan Bruseh beroperasi pada setiap hujung minggu bermula 5 petang hingga 12 tengah malam. – Siakapkeli.my

 Link Video : https://youtu.be/w6L8L4VZb9k

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s