Operasi banteras dadah diteruskan

SYABU: Dadah dirampas daripada penganggur dalam operasi di Limbang.

LIMBANG: Padah menyembunyikan dadah jenis syabu dalam poket seluar, seorang penganggur dicekup polis dalam Ops Tapis di sebuah jeti kerajaan di Jalan Kubu, berhampiran Tasik Mas di sini petang Khamis lepas.

Suspek berusia 23 tahun itu ditahan sekitar jam 5.30 petang oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN).

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata hasil pemeriksaan pihaknya menjumpai 37 tiub straw disyaki dadah syabu seberat 6.5 gram disorok dalam poket seluar jeans dipakai suspek.

“Hasil saringan awal polis juga mendapati suspek positif dadah jenis Ampethamine,” katanya.

Jelasnya suspek direman kelmarin dan kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952.

Sementara itu katanya tiga lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam kegiatan judi online dalam Ops Dadu dijalankan Jalan Merdeka disini malam Khamis lepas.

Mohd Bukhori menjelaskan pelbagai peralatan computer yang disyaki mengandungi perisian judi online turut dirampas selain wang tunai berjumlah RM200 dalam operasi yang dijalankan jam 11.05 malam.

Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 4B (b) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sementara itu di Lawas, empat lelaki ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam operasi bersepadu di beberapa lokasi berasingan di daerah ini Khamis lepas.

Dalam operasi dijalankan di sebuah kem balak sekitar jam 12.44 tengah hari itu, seorang suspek 31, juga pekerja kem berkenaan ditahan.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata ketika serbuan, polis menjumpai beberapa keratan straw mengandungi dadah jenis syabu seberat 5.08 gram disembunyi dalam poket baju dipakai suspek.

Sementara itu, katanya tiga lagi suspek berusia berusia 56, 57 dan 38 tahun itu ditahan di pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas sekitar jam 12.10 tengah hari

Katanya tiga-tiga suspek bekerja sebagai buruh dan pemandu lori itu turut ditahan kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah ini.

Jelas Abang Zainal semua suspek juga didapati positif jenis Ampethamine.

Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen  39 A (1) ADB 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952.

Terdahulu katanya sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik diketuai ASP Jason Baya menjalankan operasi berkenaan.

SOURCE : BorneoPost Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s