Kisah Misteri Batu Katak

Kisah disepanjang jalan “Batu Katak” bukan asing lagi untuk pemandu yang melalui Jalan Bintulu-Sibu.

Kali ini admin ingin berkongsi kisah mistik yang berlaku kepada rakan admin minggu lalu apabila beliau ditimpa musibah kemalangan jalanraya sehingga menyebabkan beliau mengalami trauma, apa tidaknya kereta beliau hancur 99% remuk Dan 1% hanya bumbung tempat pemandu sahaja tidak mngalami kerumukan yg teruk.

Maaf admin tidak dpt mnyiarkan gambar tersebut kerana kereta beliau masih berada di balai polis.

Terus sahaja admin berkongsi mistik yg di alami rakan admin semasa pagi tersebut beliau mahu mmulakan perjalanan ke kuching dr Bintulu. Beliau mmg cukup tidur dan cukup rehat utk mmandu jarak jauh.

Semasa memandu melalui batu katak jalan Bintulu-Sibu, stereng kereta beliau seperti “DI TARIK” ke kiri, dan beliau terkejut dgn situasi tersebut terus memusing stereng kereta ke kanan utk  mgelak terbabas ke bahu jalan. 

Namun, perkara mistik terus mjadi apabila pedal minyak beliau seakan di tekan dgn kuat walaupun kaki beliau tdak berada di pedal minyak dan kereta beliau terbabas ke gaung berhampiran selepas batu katak. Akibat insiden itu beliau panik dan mula keluar dr knderaan Dan cuba utk mnghubungi rakan setugas. Beliau tidak mgalami apa2 kecederaan cuma cedera ringan-ringan sahaja.

Kisah batu katak yg admin cuba selitkan di sini utk pgetahuan anda semua supaya sentiasa berwaspada apabila melalui jalan tersebut.

Penulis : Kenyalang Legacy


PERKONGSIAN TAMBAHAN

Misteri Batu Katak

Sesiapa yang biasa travelling dengan menggunakan jalan darat untuk ke Miri dan Bintulu di Sarawak ini, pasti akan lalu di sebuah tempat yang terkenal di kalangan kaki ekor. Tempat yang saya maksudkan ialah Batu Katak yang terletak di jalan Sibu – Bintulu, terletak sebuah tempat sembahan kaum Cina atau dalam nama lainnya, tokong. 

Perjalanan ke Bintulu bulan Januari yang lepas memberi kesempatan kepada saya untuk merakam gambar dan meninjau kemisterian Batu Katak ini dengan lebih dekat bersama dengan rakan sepejabat saya, Harun. Sebelum ini, saya memang dah maklum dengan kewujudan batu ini kerana kerap berulang-alik dari Kuching ke Sibu, Bintulu, Miri dan Lawas. Pertama kali melihat batu ini telah menimbulkan tanda tanya dalam diri saya, apa yang ganjil dan misterinya batu ini. Rupa-rupanya batu ini adalah tumpuan kaki ekor untuk ‘berdoa’ supaya nombor yang mereka pertaruhkan di kedai nombor ekor boleh ‘naik’ dan menang hadiah.

Dari cerita lisan orang persekitaran dan juga info dari Harun sendiri, saya mendapat tahu bagaimana asal mulanya Batu Katak ini.

Dikisahkan, satu jalanraya bertar akan dibina dari Bintulu hingga ke Sibu, namun di tengah laluan jalan tersebut terdapat sebongkah batu yang amat besar. Batu tersebut hendak dipecahkan dengan menggunakan bulldozer, namun bulldozer pula meragam tidak mahu bergerak. Jentolak digunakan, juga tak berhasil. Malah pekerja-pekerja pula diganggu oleh entiti ghaib yang tidak diketahui dari mana datangnya. Pihak kontraktor mengambil keputusan untuk meletupkan batu tersebut dengan menggunakan dynamite. Maka diupahlah pakar bom batu untuk mengambil alih tugas memecahkan batu tersebut. Lubang pada batu besar tersebut pun ditebuk, dan dimasukkan dynamite di dalamnya. Pada saat hendak diletupkan, dynamite tersebut tidak meletup. Digantikan dengan dynamite yang lain, pun masih gagal untuk meletupkan batu tersebut. Akhirnya, pihak kontraktor meninggalkan batu tersebut dan lencongan jalan raya dibuat bagi meneruskan projek tersebut. 

Belum lama selepas itu, datanglah seorang cina pergi ke Batu Katak ini setelah mendengar kemisterian batu tersebut. Si cina tersebut melakukan pemujaan dan meminta kepada si penunggu batu agar memberinya nombor ekor yang boleh menang 1st prize. Singkat cerita, si cina tersebut menang nombor ekor dan menjadi kaya tidak lama selepas itu. Sebagai tanda terima kasih, lelaki cina tersebut membina tokong untuk batu tersebut dan sejak hari itu ramailah yang datang untuk memuja dan meminta nombor ekor.

Selain itu, banyak juga kisah misteri yang menyelubungi batu ini seperti ada orang mendakwa diganggu perempuan berbaju putih dan lembaga menakutkan ketika lalu di hadapan tokong ini pada waktu malam. Tokong ini amat mudah ditemui kerana ia terletak di tepi jalan besar menuju ke Bintulu. Saya sendiri merasa kurang selesa ketika berada di situ semasa hendak merakam gambar Batu Katak tersebut.

Pengajaran yang kita dapat dari kisah Batu Katak ini ialah, nilai harga diri manusia boleh jatuh dan hina hanya kerana wang dan kemaruk harta. Ini jelas apabila ada yang buat kerja bodoh dengan menyembah batu dan meminta harta kepada benda majazi (tidak bernyawa. Aqidah yang benarlah yang dapat meningkatkan darjat kita di mata makhluk Allah, bukan dengan menyembah batu dan seumpamanya. Saya berasa sedih, kesal dan marah apabila masih wujud tempat-tempat syirik seperti ini di negara Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara. Apa yang saya khuatirkan, ada pula kelak orang Melayu beragama Islam datang ke tokong ini untuk berhajat dan meminta nombor ekor. Ini tidak mustahil kerana kalau harta dan wang telah mengaburi mata, aqidah pun boleh dijual untuk kepuasan nafsu.

Kalaulah saya ada kuasa sebagai pemimpin, kemungkinan besar saya akan arahkan supaya Batu Katak ini dihancurkan.

SOURCE : http://kitabkehidupan.blogspot.my/2010/02/misteri-batu-katak.html?m=1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s