Penyamun Filipina Tumpas

SARIKEI: Empat lelaki warga Filipina yang disyaki menyamun sebuah kedai haiwan peliharaan di Jalan Nanas di sini, berjaya ditahan, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, tiga daripada warga asing memasuki premis berkenaan dengan dua daripada mereka berpura-pura bertanya mengenai beberapa barangan. Bagaimanapun, ketika pemilik kedai berkenaan sibuk melayan mereka, salah seorang suspek tiba-tiba merampas beg pinggang mangsa yang diletakkan di bawah kaunter.

Ketiga-tiga suspek kemudiannya melarikan diri dengan sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu seorang rakan mereka. Antara barangan di dalam beg yang dicuri oleh suspek ialah wang tunai berjumlah RM11,000, dua telefon bimbit dan dokumen peribadi, termasuk kad bank. 

Bertindak atas laporan dibuat mangsa di Balai Polis Sarikei pada jam 1.50 petang pada hari yang sama, polis segera melancarkan operasi memburu warga asing itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, polis kemudiannya mengesan kereta yang dinaiki suspek dipandu laju menghala ke Sri Aman. 

Beliau berkata, pada masa yang sama, seorang pegawai polis, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kanowit, Inspektor Mohd Razif Mohd Yusof yang dalam perjalanan balik dari Kuching selepas menghadiri mesyuarat, terserempak dengan kereta yang dinaiki suspek di simpang ke Betong. “Mohd Razif yang menerima maklumat kes samun itu kemudiannya berpatah balik dan mengejar kereta suspek. 

Beliau turut menghubungi polis Sri Aman untuk membantunya mengejar suspek. “Pada jam 3.45 petang, Mohd Razif dan beberapa anggota polis Sri Aman berjaya menangkap semua suspek di Wong Padong, Sri Aman,” katanya. “Pemeriksaan di dalam kereta menemui beg mangsa yang mengandungi wang tunai berjumlah RM11,000 dan dua telefon bimbit,” katanya. 

Beliau berkata, salah seorang daripada warga Filipina yang berusia antara 36 hingga 44 tahun itu memasuki negeri ini awal bulan ini manakala tiga lagi pada pertengahan bulan ini. “Ini adalah kes pertama membabitkan warga Filipina yang ditahan menyamun di negeri,” katanya.
SUMBER : 
http://www.bharian.com.my/node/204378?m=1

PDRM LOGO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s