Kerajaan negeri hargai sumbangan pengamal media

KENANGAN: Pemenang Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2016 merakam kenangan bersama Fatimah serta tetamu kenamaan dan ahli jawatankuasa penganjur di Kuching malam kelmarin.

Bantu kerajaan dapatkan sokongan menentang rasuah, penyalahgunaan kuasa, pembalakan haram

KUCHING: Kerajaan negeri menghargai sumbangan pengamal media dalam membantu kerajaan mendapatkan sokongan rakyat menentang rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pembalakan haram di negeri ini.

Malah menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, pengamal media turut banyak membantu kerajaan mendapatkan penurunan kuasa daripada kerajaan persekutuan yang mana amat signifikan kepada rakyat dan negeri ini.

“Daripada maklumat yang disebarkan dan maklum balas yang diterima daripada media, kita amat menyedari bahawa usaha kerajaan memerangi rasuah ini diterima baik dan mendapat sokongan daripada rakyat.

“Pada Pilihan Raya Negeri yang lepas, kita menyeru rakyat menerusi media untuk memberikan majoriti besar kepada Barisan Nasional (BN) dan kita berjaya mencapainya.
“Dalam konteks ini, kerajaan negeri ingin berterima kasih kepada pengamal media dan organisasi media di negeri ini atas publisiti meluas mengenai rayuan kerajaan untuk mendapatkan sokongan rakyat,” katanya

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya sempena Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2016 anjuran Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) di salah sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh wakilnya, Datuk Fatimah Abdullah yang merupakan Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti.

Tambah Adenan, atas sumbangan besar para pengamal media ke arah pembangunan negeri ini, kerajaan katanya akan terus menyokong pengamal media dalam apa jua pendekatan sebaik mungkin.

Malah katanya, kerajaan juga telah menyumbang sejumlah bantuan kewangan kepada persatuan media seperti FSJA,  Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) dan Persatuan Jurugambar Media Sarawak (SPPA) bagi menganjurkan aktiviti untuk ahli-ahli mereka.

“Media dianggap sebagai cermin bagi masyarakat moden di Sarawak. Peranan anda dalam membentuk kesedaran mengenai pelbagai perubahan sosiopolitik dan ekonomi amat dipuji.

“Malah ada masanya hasil kerja anda memberi kesan kepada pembentukan polisi dan program-program yang direka di negeri ini.

“Kami amat berbangga dengan pengamal media di Sarawak kerana anda menyediakan maklumat mengenai isu tempatan, kebangsaan dan antarabangsa pada masa yang tepat,” katanya.
Dalam teks ucapannya, Adenan turut memuji inisiatif  BAT Team daripada Borneo Post tahun ini yang mengupas isu-isu tempatan di peringkat daerah.

Input-input daripada BAT Team ini katanya, amat berguna serta membantu kerajaan untuk membangunkan pelan tindakan yang komprehensif dan inklusif.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil, Presiden FSJA Jacqueline Atiqah David, rakan-rakan penaja serta wakil-wakil pengamal media di negeri ini.​

​SOURCE:BorneoPost Online



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s